Tak dinafikan, begitu banyak lambakan ubat-ubatan yang dijual secara online. Walaupun ada sesetengah ubat telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, namun ada jugak yang tidak berdaftar. Bahaya tu, sebab kalau kita beli ubat yang tak berdaftar kita berkemungkinan berhadapan dengan risiko bahaya dan kesan yang memudaratkan pada badan kita.
Sebagai pengguna yang bijak, kita sepatutnya jangan mudah terpedaya dengan 'ayat' penjual yang bergantung semata-mata kepada testimonial pengguna produk mereka yang kononnya telah berjaya sihat kesan dari penggunaan produk mereka.
Tips membeli ubat secara online. Sumber Google. |
Untuk pengetahuan korang, kat Malaysia ni untuk setiap iklan yang melibatkan ubat dan suplemen mesti membuat pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan mendapat permohonan dari Lembaga Iklan Ubat untuk orang awam dapat dilindungi supaya tak terpedaya dengan iklan ubat khasnya yang belum tentu berkesan. Bukan apa, takut nanti 'indah khabar dari rupa' pulak.
Selain itu, kalau korang nak tau sebarang iklan yang 'telah diluluskan' akan diberi nombor kelulusan yang bermula dengan abjad KKLIU. Selain itu, produk yang dijual dan telah di daftar kan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah sepatutnya mempunyai nombor pendaftaran MAL.
Sebenarnya, macam-macam cara yang mereka gunakan untuk meyakinkan pengguna, antaranya menggunakan imej si penjual ubat yang memakai white coat dan stetoskop serta pengunaan gelaran seperti Dr, Prefossor, Datuk dan sebagainya. Ada jugak yang menggunakan kenyataan adanya 'makanan sunnah' terkandung di dalam produk mereka.
Tips membeli ubat secara online. Sumber Google. |
Ada beberapa tips macam mana nak beli ubat melalui online. Kalau nak tau, teruskan membaca.
- Pengguna hanya boleh membeli ubat yang dikelaskan sebagai over-the-counter (OTC), tradisional dan suplemen kesihatan iaitu nombor MAL diakhiri dengan X, T dan N sahaja. Untuk pengetahuan korang, nombor MAL yang diakhiri dengan A adalah dikelaskan dalam kumpulan ubat terkawal dan memerlukan prescription doktor kalau nak mengambilnya. Korang boleh semak produk yang berdaftar di website www.pharmacy.gov.my atau www.npra.gov.my.
- Ubat terkawal dan memerlukan prescription doktor tak boleh dijual secara online. Ubat sebegini hanya boleh diberi oleh doktor yang bertauliah dan ahli farmasi berlesen.
- Kalau nak beli online jugak, pastikan laman web diuruskan oleh ahli farmasi yang berlesen.
- Seeloknya elak dari membeli produk dari luar negara.
- Elakkan diri dari terpedaya dengan iklan dan pujuk rayu si penjual. Nanti kalau apa-apa kita juga yang susah.
Untuk pengetahuan korang jugak, ubat yang tak berdaftar ditakuti akan dicemari dengan racun berjadual yang boleh mengancam nyawa kita. Kalau korang nak semak produk yang korang syak ada racun, korang boleh semak produk tu di www.pharmacy.gov.my atau www.npra.gov.my. Selain tu, korang boleh upload apps di Google Store 'Cakna Ubat Anda' untuk mendapatkan sebarang info mengenai ubat. Korang jugak boleh follow page Facebook 'Medical MythBusters Malaysia' untuk mendapatkan semua maklumat yang berkaitan.
For any inquiry, korang boleh call talian bebas tol 'Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan' di 1-800-88-6722.
Be alert and careful.
Sumber Normawati Mohamed Noor, Umikalsom Ibrahim dan Dzafarullah Daud (Cawangan Penguatkuasa Farmasi) melalui Ruangan Ubat Harian Metro.
Thanks share info. 😊
ReplyDeletePerkongsian yang menarik.. Thanks for the info CikLa.. Skrg nie memang banyak lambakan ubat-ubatan yang tak diketahui kesahihan ubat tue, palsu ke asli ke... Saya memang tak berani nak beli dekat online, kecuali pegi kat farmasi jea...
ReplyDeletewe cannot simply buy anything.. kena make sure btol2 the one then baru beli..
ReplyDeleteTerbaik! :D
ReplyDeleteJamu Asli untuk kesihatan wanita dan lelaki.
Jamu