'Santai Tapi Sampai'

2 June 2017

30 menu lazat di sepanjang bulan Ramadan.

Cikla percaya semua orang pasti tertunggu-tunggu kedatangan bulan Ramadan saban tahun. Betul tak? Bulan Ramadan adalah bulan penyucian hati, jiwa dan diri. 

Keberkatan yang ada di dalamnya sepatutnya tak boleh dilepaskan oleh kita. 

Alhamdullillah, kerana Allah masih memberi kita kesempatan melaksanakan rukun islam yang ketiga ni. Syukur ya Allah!

Kalau sebelum ni, bila nak masak untuk berbuka je kita pening nak masak apa. Sampai blur

Lepas tu, pergi bazaar Ramadan pulak, pening dan rambang mata pulak tengok juadah yang bermacam-macam. Itu semua menu jasmani. Penyedap tekak kata orang. 

Tapi, apa kata korang try pulak menu rohani. Nak tau tak? Jom baca. 

30 menu lazat di sepanjang bulan Ramadan.
30 menu lazat di sepanjang bulan Ramadan. Sumber Google. 

  1. Tadarus Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang. 
  2. Solat terawih minimum 8 rakaat setiap malam. 
  3. Solat Witir minimum 3 rakaat semalam. 
  4. Beri makan orang berbuka puasa walau pun dengan sebiji kurma setiap hari. 
  5. Sebolehnya solat fardu 5 waktu berjemaah setiap hari. 
  6. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat. 
  7. Sunat Dhuha setiap pagi minimum 2 rakaat. 
  8. Sedekah setiap hari minimum seringgit. (RM1). 
  9. Pastikan sahur setiap hari. 
  10. Iftikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
  11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik. 
  12. Kurangkan ziarah ke bazaar Ramadan. 
  13. Pilih makanan sunnah sebagai menu utama setiap hari. 
  14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik. 
  15. Jauh kan diri dari aktiviti yang sia-sia. 
  16. Zikir harian dan perbanyakkan berdoa. 
  17. Lazimi bibir dengan beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari. 
  18. Ajar diri dengan sifat rendah hati kerana Allah. 
  19. Mudah memohon dan memberi maaf. 
  20. Menjaga dan menghubung silaturrahim. 
  21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tapi bertelanjang). 
  22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran dan hati dari perkara-perkara yang Allah murkai. 
  23. Tidak berlebihan mahu pun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka puasa. 
  24. Perbanyakkan amalan sunat solat  sunat rawatib. 
  25. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami dan anak-anak lelaki). 
  26. Lazimkan untuk kawal diri dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar. 
  27. Basahi lidah untuk sentiasa berzikir dan memperbanyakkan bersyukur pada Allah di kala senang atau pun susah. 
  28. Menjaga ikhtibar,  iaitu hubungan antara lelaki dan perempuan 
  29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan. 
  30. Ikhlaskan hati kerana Allah. Hadirkan ALLAH di dalam hati, berusaha menjalani Ramadan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah ini adalah Ramadan terakhir kita.

Bagi cikla, kumpullah amalan sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk kita di sana nanti. Insha Allah.

Sumber WhatsApp group.

4 comments:

  1. Terima kasih cikla. menu camni la untuk bulan ramadan kannn ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah cikla. Mohon share yer... Dapat juga menambah pahala. Terima kaaih ye cik la

    ReplyDelete
  3. Gud sharing..tq dear.

    ReplyDelete
  4. Sgt bermanfaat Tq ye

    ReplyDelete