'Santai Tapi Sampai'

3 June 2017

Nak tau tips kekalkan kulit cantik sepanjang Ramadan.

Ada orang nampak lesu dan kusam je mukanya sepanjang berpuasa. Haa, jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk menghalang korang dari menjaga kecantikan wajah. 

Apa kata korang baca tips yang cikla nak share ni. Mana tau, ia akan memberi korang inspirasi untuk korang sentiasa menjaga penampilan wajah dan diri walaupun berpuasa.

Nak tau tips kekalkan kulit cantik sepanjang Ramadan.
Nak tau tips kekalkan kulit cantik sepanjang Ramadan. Sumber Google. 

Dah banyak kali kot cikla cakap pasal kepentingan minum air putih yang cukup setiap hari. Sebenarnya, boleh je korang mengambil air putih 8 gelas sehari seperti yang disyorkan, iaitu pada masa berbuka, selepas terawih dan masa bersahur. 

Sebaiknya, elak dari mengambil minuman manis secara berlebihan. Bukan tak boleh amik langsung, tapi terhad.

Air putih amat penting untuk mengelakkan dehidrasi dari berlaku selain ia juga membantu kulit kita kekal segar serta dapat menggantikan cecair yang hilang melalui peluh semasa kita berpuasa di siang hari.

Selain itu, elakkan atau jangan ambil makanan yang masin lebih-lebih lagi semasa bersahur. Ini kerana, ada yang mengatakan makanan masin boleh meningkatkan rasa dahaga dan haus semasa berpuasa. 

Bila dah haus dah tentu kita letih lebih-lebih lagi kalau nak melakukan aktiviti pada siang hari. Kalau korang banyak melakukan aktiviti di luar, jangan lupa pakai pelembap dan sunblock tau. 

Tips ini akan membantu kulit kita kekal lembap sekaligus dapat melindungi kulit kita dari cahaya matahari yang membahayakan.

Pelembap bibir jugak penting sebab kulit bibir akan menjadi kering semasa berpuasa disebabkan kita kurang minum air. 

So, jangan pisahkan pelembap bibir dari korang terutama kalau korang keluar rumah. Oleskan ke bibir korang untuk mendapatkan bibir yang kekal cantik dan lembap.

Di samping itu, pastikan korang mendapat tidur yang cukup. Kalau korang takde urusan penting tidurlah awal supaya korang dapat bangun tepat pada waktunya semasa nak bersahur nanti. Apa yang penting korang akan rasa segar dan bertenaga.

Apa yang penting jangan abaikan soalan cantik walaupun korang sedang berpuasa.

Sumber Harian Metro.

3 comments:

  1. yeay! great tipsss! semuanya mmg senang je nak buat, nak amalkan!

    ReplyDelete
  2. Akak slu x cukup minum air... Kena push gk ni

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Makanan masin elakkan. Nanti dehidrasi

    ReplyDelete