Tumbuhan penghalau nyamuk?

By Cikla Shahril - April 27, 2016

Memang tak dinafikan yang gigitan nyamuk boleh membahayakan kesihatan kita, terutamanya nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi. 

Kebanyakan orang akan menggunakan bahan kimia macam aerosol atau fogging secara besar-besaran untuk menghalau nyamuk. Penggunaan bahan ini dah tentu akan menimbulkan bau yang tak best kan. 

Sebenarnya, kalau korang nak tau kita boleh gunakan tumbuhan atau bahan semulajadi untuk mengusir nyamuk. Dah lah ia selamat, malah udara pun segar je. Betul tak? 

Nyamuk
Nyamuk. Gambar kredit Google. 

Jom kita baca tumbuhan apakah yang kita boleh guna sebagai ganti bahan kimia untuk mengusir nyamuk nyamuk ni semua.

Pokok Jeremin;

Pokok ini hasilkan bau yang kuat seperti aerosol bila ada yang sentuh daunnya. Sentuhan itu akan keluarkan serbuk halus seperti asap dan ia boleh menghalau nyamuk. 

Pokok ni mudah nak jaga sebab tak perlukan banyak air, tapi ia sesuai ditanam di tempat redup dan tak sesuai di tempat yang terlalu terdedah dengan cahaya matahari.

Bunga lavender;

Kita selalu jumpa bau lavender ni dalam losyen, haruman rumah dan perfume kan. Tapi, kalau korang nak tau, bau ni tak disukai oleh sang nyamuk, sebab ia mengandungi zat linalool dan lunalyl acetate yang diproses menjadi ubat anti nyamuk. 

Ambil saja bunga lavender ni dan hiaskan dalam rumah, nyamuk lari. Bau pun wangi lagi. Natural.

Serai wangi;

Kalau yang ni cikla memang pernah tengok. Rupa macam serai biasa yang orang buat masak tu. Dah namanya serai kan. Hehe. 

Tapi ada jugak orang buat masak kot serai wangi ni. Serai ni akan zat geraniol dan sitronelol iaitu bahan aktif yang tak disukai serangga termasuklah nyamuk. Jadikan ekstrak serai wangi ni sebagai losyen yang boleh menghalau nyamuk.

Akar wangi;

Kalau korang nak tau, nyamuk aedes "amat takut" dengan tumbuhan ni sebab ia mampu hasilkan bau yang menyengat. Ia akan menyebabkan nyamuk tak hinggap pun kat akar wangi ni. Begitu 'power'nya akar ni kan? Hehe.

Pokok tapak dara;

Amboi. Nama pokok kemain lagi naa, hehe. Rupanya pokok kemunting cina. Huhu. Taulah Cikla kalau pokok ni. Pokok ni juga dikenali sebagai geranium dan ia sangat popular digunakan untuk menghalau nyamuk. 

Bau zat citronella yang dihasilkan amat tak disukai oleh makhluk itu. Persekitaran yang berangin dapat membantu menyebarkan zat ini untuk menghalau nyamuk.

Zodia;

Pokok ni *nama saintifiknya evodia suaveolens mampu mengeluarkan bauan yang dapat mengusir nyamuk bila daunnya saling bergeser bila ditiup angin. Ia boleh dijadikan racun serangga dan penjagaannya pun senang, hanya perlu menyiramnya dua hari sekali.

Kadang-kadang bahan semulajadi ni lebih berkesan dari bahan kimia kan. Kalau nak tau berkesan ke tak, cubalah.

Sumber : Ruangan Seni Laman, Majalah Harmoni.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Baru tahu ada kewujudan tumbuhan penghalau nyamuk. Kalau bunga lavender hias dalam rumah, pasti cantik kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Cikla pun baru tau. Tu yg share kot kot ada yg tk tau mcm cikla.. Hehe

      Delete
  2. Singgah pagi rabu ♥
    tertarik dengan pokok first tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Cantik jugak kalau buat pokok perhiasan kan. Hijau mata memandang...

      Delete