Nak tau buah dan sayur apa yang boleh menentang lemak?

By Cikla Shahril - August 02, 2016

Kadang-kadang masalah 'lemak' ni boleh memeningkan kepala kan. Kita bukan fikir nak cantik je, tapi kesihatan lebih penting sebenarnya. Cantik itu bonus aje. Betul tak? Macam macam kot diet kita dah cuba, tapi lemak still mantain jugak. At last frust dah, langsung malas dah nak berdiet bagai. 

Sebenarnya, kalau korang nak tau ada beberapa jenis buah dan sayur yang boleh kita makan untuk menyingkirkan lemak yang dok berdamping dengan kita ni. Siapa yang tak suka makan buah kan? 

Tapi, kalau sayur tu cikla percaya ada sesetengah orang yang tak makan dan memilih sikit. Takpe, kalau tak suka makan sayur, buah ada. Korang boleh cuba amalkan. Jom kita semak apakah buah dan sayur yang boleh 'membantu' kita ni.

Nak tau buah dan sayur apa yang boleh menentang lemak?
Nak tau buah dan sayur apa yang boleh menentang lemak? Kredit Google. 

Buah yang boleh menentang lemak.

Raspberi.

Mengandungi antosianin flavonoid yang bantu badan kita hasilkan adiponectin iaitu sejenis hormon yang dikaitkan dengan kemampuannya merendahkan tahap glokusa, mengawal nafsu makan dan rangsang metabolisme. Ia juga merupakan sumber terbaik serat yang bagus untuk pencernaan dan mengelakkan kembung.

Blueberi. 

Diet dengan buah ni boleh mengubah macam mana badan kita simpan dan proses gula untuk dijadikan tenaga. Boleh dijadikan snek ringan untuk mengurangkan berat badan.

Tembikai. 

Dapat menghalang kita dari dehidrasi sebab ia mengandungi 92% air, terutama pada hari panas. Perut kita pun sentiasa kenyang dengan air yang kita dapat dari buah ni. So, diet dah tu.

Nanas.

Buahnya kaya dengan enzim bromelain yang bantu pecahkan protein dan legakan pencernaan. Kalau korang nak tau, sistem pencernaan yang baik akan bantu kita menurunkan berat badan.

Acai.

Buah ni amat kaya dengan antosianin yang membantu badan kita menghasilkan adiponectin *hormon yang rangsang penghasilan metabolisme. Ia juga kaya dengan lemak sihat dan serat supaya aktiviti kardiovaskular dan pencernaan dirangsang.

Mangga.

Mengandungi serat yang mana ia dikaitkan dengan penurunan gula dalam darah pada orang dewasa yang obes. Bila gula dalam darah diseimbangkan, so badan akan berupaya mengatur hormon dan lemak akan terbakar dengan senang.

Sayur yang boleh menentang lemak.

Timun.

Sifat diuretik semulajadi yang dimiliki olehnya membantu badan mengurangkan pembendungan air dalam badan dan kekembungan. Lagipun, timun mempunyai 95% air. Banyak tu.

Terung. 

Sayur yang rendah dengan indek glisemik, rendah karbohidrat dan kalori tapi tinggi zat yang diperlukan oleh badan kita. Pengamal vegetarian sangat sesuai dijadikan menu dalam diet mereka.

Kubis.

Ia kaya dengan air dan mineral yang mana ia mampu halang badan kita mengurangkan berat badan disebabkan cecair berlebihan.

Zukini. 

Buah ni merupakan buah yang tinggi serat tapi rendah kalori. Selalunya orang makan buah ni macam tu je *mentah dan diletakkan dalam salad jugak. Pengambilannya boleh membantu 'memotong' karbohidrat dan kalori.

Nasihat cikla, apa yang penting, kita kena jugak dapatkan nasihat pakar kan kalau nak berdiet ni. Kadang kadang kalau kita nak ikut orang sangat pun diet tu tak serasi dengan kita. Keadaan 'badan' kita bukan sama dengan orang lain. Betul tak? 

Sumber : Ruangan Kelab Diet.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Suka buah beri tu, cuma harga tu la tak dapat makan hari2..
    Timun mesti ada setiap kali makan nasi.. ^^

    ReplyDelete
  2. betul cikla. badan kita tak sama semuanya. lain orang lain caranya kan.. tq for sharing.. masalah siqah, memilih makan sayur. siqah jenis susah nak makan sayyur unless kalau masak sendiri. tak tahulah kenapa gitu. huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak sendiri kita lebih tau selera mcm mana yg kena dgn tekak kita kan..

      Delete