'santai tapi sampai'

Ada fakta yang mengatakan cara pemakanan kita akan mempengaruhi tabiat tidur, walaupun kita tau makanan itu sumber tenaga tapi ada jugak m...

Nak tau makanan penyebab mengantuk?

Ada fakta yang mengatakan cara pemakanan kita akan mempengaruhi tabiat tidur, walaupun kita tau makanan itu sumber tenaga tapi ada jugak makanan yang menjadikan kita letih dan mengantuk. Nak tau apakah ia? Meh baca ni.

Siapa peminat pasta? Korang jaga jaga tau. Walaupun ia merupakan sumber karbohidrat, tapi ia juga akan menaikkan tekanan gula dalam darah. 

Ini kerana, selepas ia dihadam kadar insulin akan menurun dan sebagai kesannya, ia akan menjadikan kita letih dan rasa nak tidur je.

Roti putih merupakan sumber karbohidrat yang diproses yang biasa diambil semasa breakfast. So, jaga jaga tau, sebab ia juga boleh menjadikan badan kita jadi letih. Apa kata lepas ni korang tukar roti putih kepada oatmeal. Sedap jugak.

Nak tau makanan penyebab mengantuk?
Nak tau makanan penyebab mengantuk?  Image credited to google.

Walaupun sesetengah orang yang berdiet, mengambil salad dalam menu harian mereka tapi kalau korang nak tau salad boleh beri kesan kepada otak. 

Ia mengandungi sejenis pelali yang dikenali sebags 'lactucin' yang mana ia sering digunakan ke atas haiwan untuk menenangkan mereka.

Walaupun pisang kaya dengan potassium *bantu menggalakkan fungsi saraf dan kesihatan jantung, tapi ia jugak tinggi dengan magnesium

Kalau korang nak tau, magnesium berfungsi melancarkan proses tidur. Kalau korang jenis yang susah tidur malam, bolehlah makan pisang ye. Gerenti lena sampai ke pagi. Hehe.

Semoga perkongsian ni akan memberi kita sedikit info yang berguna untuk kesihatan. InshaAllah.

Sumber : Ruangan GenY, Harian Metro.

16 comments:

  1. oooo begitu yer.. bagus info ni... kopi mcm mana pula? adaakah lepas minum ia akan buat kita rasa nak tido???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn kopi buat kita jd cerah mata ke? Mcm Nescafé jugak... Betul tak?

      Delete
  2. yang insomnia bole la try makanan2 ni. kekeke ;D

    ReplyDelete
  3. Kalau saya ..mkn apa pun lepas tu mmg confirm ngntuk..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Wah... Tak dapek nk nolong kalau gitu... Heehee....

      Delete
  4. Kalau siqah, makan sampai kenyang betul sure ngantok. Tak kiralah makan apa. Hee.

    Nescafe bagi tak tido pulak cikla. Pernah minum neacafe 3in1 warna merah tu, dua hari siqah x tido. Haru betul 😒

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Nescafe mmg org ckp boleh buat kita x tido...

      Delete
  5. haaaaa ?? roti putih pisang !! ayioooo..

    ReplyDelete
  6. kalau asyik mengantuk tu petanda badan perlu detoks dah tu. macam pasta dan roti boleh buat Age Protein dalam badan makin tinggi. lama-lama Age Protein ni akan merosakkan sel dalaman badan kita. Tu yang boleh menjadi faktor mengantuk di sini. ini apa yang saya belajar bab nutrisi la. :)

    ReplyDelete
  7. Ohhh baru tahu... Nadia dah lah mmg suka salad dan pisangggg... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. Kdg2 yg kita suka tu yg kita kena hadkan.. Huhu sadis.. Hehe....

      Delete
  8. yg utama, perut kenyang mata pun rapattttt jeee --" lepas lunch msuk musalla bukan smyg dlu, tido dlu --" berat nananggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.... Gendang gendut tali kecapi namanya ni....

      Delete