'santai tapi sampai'

Siapa yang tak nak kulit yang flawless , sihat dan bebas dari 'masalah' jerawat, jeragat dan lain-lain. Betul tak? Orang cakap, me...

Nak kulit flawless? Cuba tips ni....

Siapa yang tak nak kulit yang flawless, sihat dan bebas dari 'masalah' jerawat, jeragat dan lain-lain. Betul tak? Orang cakap, mencegah lebih baik dari mengubati. So, apa kata kita cuba tips ni untuk kita mendapatkan kulit wajah yang mulus, berseri dan cantik menawan. Jom baca.

Kalau korang nak tau, melindungi kulit dari sinaran UV adalah sangat penting. Cahaya UV paling tinggi adalah waktu tengah hari. Orang cakap matahari terpacak atas kepala. 

So, gunakan krim tabir suria dengan nilai SPF 30 hingga 50 bila kita keluar rumah terutama melakukan aktiviti di tengah panas. Paling tak pun pakaikan topi, payung atau sebagainya untuk melindungi diri kita dari cuaca panas.

Kalau boleh, elakkan jugak keluar ke bawah sinaran UV maksima adalah antara pukul 10 pagi hingga 4 petang. Walaupun kita gunakan krim tabir suria, topi, payung dan sebagainya, kesan UV ni tetap mempengaruhi kulit kita. 

Nak kulit flawless? Cuba tips ni....
Nak kulit flawless? Cuba tips ni.... Kredit Google. 

Krim pelembap yang kaya dengan vitamin C, vitamin E tokotrienol, kolagen *ia tak akan diserap ke dalam kulit sebab bermolekul besar, so that ia dapat kekalkan kelembapan di bahagian luar kulit kita minyak kamomile sangat bagus sebab ia dapat mengelakkan kulit dari kering.

Pengambilan vitamin C yang cukup akan dapat membantu kulit kita lebih flawless. Dos yang disarankan adalah sehingga 250mg atau 1000mg setiap hari, yang mana ia boleh diambil dalam bentuk makanan atau supplement.

Tapi, cikla rasa cara makanan paling senang kot. Makan aje buahan *limau, jambu batu, kiwi oren dan sayuran hijau. Kalau korang nak tau, vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit, di samping bersifat anti oksida yang melindungi kulit dari kesan radikal bebas.

Selain itu, kalau kita selalu makan ikan paling tak pun 5 hidangan seminggu pun boleh membantu mendapatkan kulit yang flawless, sebab ikan mengandungi asid lemak omega 3 yang dapat membantu mengurangkan kedutan. Ada orang yang jenis tak makan ikan ni bolehlah ambil pil supplement omega 3.

Di samping itu, dengan meminum air secukupnya sebab ia dapat mengelakkan masalah kekurangan air dalam badan. Lagipun, kalau kita kurang minum air, kulit akan hilang kelembapan semulajadi, dan ini akan menyebabkan timbul kedutan dan garis halus di wajah.

Elakkan jugak minuman berkarbonat dan minuman manis *jus yang dijual dalam kotak sebab ia lebih manis. Kalau buat sendiri ok sebab ia akan merosakkan lapisan kolagen di bawah kulit.

Kopi dengan teh pun kena kurangkan jugak sebab keduanya boleh menyebabkan dehidrasi dan kulit kering kalau diambil berlebihan.

Nak kulit flawless? Cuba tips ni....
Nak kulit flawless? Cuba tips ni.... Kredit Google.

Pengambilan minyak yang sihat seperti minyak zaitun *extra virgin atau patinya boleh diamalkan sebab ia sangat kaya dengan asid oleik, di samping ia bersifat antioksida yang sangat tinggi jugak kaya dengan vitamin E.

Untuk pengetahuan korang minyak zaitun perlu diminum terus atau diletakkan dalam salad sebab ia tak boleh dipanaskan *untuk mengoreng sebab khasiatnya akan hilang nanti. Ia boleh digunakan pada kulit dan rambut jugak.

Korang boleh jugak amalkan memakan buahan kaya antioksida *oren, betik, epal, mangga tembikai, jambu, tomato sebab ia boleh bantu kurangkan kedutan dan garis halus selain ia membantu melindungi kulit dari rosak akibat radikal bebas sinaran UV.

Tapi, cikla rasa ni yang paling penting iaitu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ambil makanan seimbang di samping selau bersenam, kawal diri dan emosi dari tekanan dan tidur yang cukup. Kalau kita tak sayang dan jaga diri kita siapa lagi.

Rajin-rajinkanlah diri tu. Cegah sebelum kena, itu lebih baik.

Sumber : Ruangan Sekilas Cantik, oleh Dr. Norman Mohd Norawi.

8 comments:

  1. tq CiKLa..leh la cuba amlkn neh

    ReplyDelete
  2. Thank you cik La for the tips. I pun nak flawless juga hehe

    ReplyDelete
  3. Nombor 6 tu PC suka..sebab suka makan buah..kikikiki.

    ReplyDelete
  4. Agree, dengan semua tips cik La share ... Saya suka ikan dan air masak ... hihihi =)

    ReplyDelete