"Tanggal 31, bulan 8 lima puluh tujuh. Hari yang mulia, hari bahagia. Sambut dengan jiwa yang merdeka."
Rasanya ramai yang tau lagu nyanyian allahyarham Sudirman Hj Arshad ni kan. Orang cakap memang lagu favorite lah, lebih lebih lagi kalau tiba hari kebangsaan setiap tahun. So, hari ni lagu ni juga berkumandang di sana sini sebab meraikan Hari Kebangsaan negara yang ke-59. Syukurlah, dah 59 tahun negara kita merdeka. Bebas dari penjajahan dan pengaruh pemerintahan luar. Alhamdullilah.
Tapi, bagi pendapat cikla sebaiknya dalam menghayati dan merealisasi erti merdeka sebenarnya kita perlu 'bebas' merdeka bukan sahaja negara tapi diri dan jiwa kena merdeka jugak. Jangan negara je merdeka, tapi jiwa rakyatnya masih dijajah. Sebaiknya, kita kena bebaskan diri dari dijajah dari segi pemikiran, gaya hidup dan lain lain.
Oklah, selamat menyambut hari kemerdekaan semua. Ada yang pergi Dataran Merdeka tak? Cikla tengok kat tv je. Hehe.
Mek pun tgk tv je cik la. Slmt hr kbgsaan 😊
ReplyDeleteSalam merdeka cikla..
ReplyDelete