Advertisement

Sayangku Kapten Mukhriz dah nak habis....

SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ DAH NAK HABIS... Cerita ni adalah adaptasi dari novel Anugerah Terindah nukilan Sophilea.  Cuma tajuknya di tukar. Ermm, cikla rasa ramai kot peminat drama ni. Cikla pun dah terjebak sama. Memang tak miss lah hari-hari mesti tengok. Itupun terlepas beberapa episod sejak cikla bersalin ni. Baru semalam cikla tengok cerita ni. Rupanya dah nak habis dah cerita ni. Dah la berlakon kat kampung cikla. Hehe.

Sayangku Kapten Mukhriz dah nak habis....
Sayangku Kapten Mukhriz dah nak habis....  Sumber : tonton.com.my

Pada pendapat cikla, awal cerita ni macam biasa-biasa je kot. Ramai jugak yang komen watak Ariana *seorang doktor tu macam gedik sangat masa nak tackle si Mukhriz tu *seorang ustaz berpangkat kaptenAgak-agak korang, realiti ada ke terjadi macam tu? Orang cakap apa, perigi carik timba? Hehe. Dah sampai tengah-tengah cerita, dah nampak macam menarik sikit. Rasa macam tak sabar nak tengok episod seterusnya nak tau apa yang berlaku. Sampailah mereka berdua berkahwin jugak dan Ariana pregnant. Tapi, malangnya dia keguguran sebab terlalu stress. Sedih kan....

Sayangku Kapten Mukhriz dah nak habis....

Watak Zakuan, abang sepupu Ariana yang sentiasa cari jalan nak pisahkan mereka berdua. Mungkin sebab dendam atau memang dia sayang sangat kat Ariana tu. Tapi cikla tengok macam dah psiko pulak si Zakuan tu. Lepas tu, watak Siti Awina yang orang cakap 'pengacau' hubungan mereka berdua. Betapa tekad dan bersungguhnya dia nakkan si Mukhriz tu. Alasannya, sebagai pembimbing dia dan penjaga anaknya. Ermmm...

Bagi cikla, yang paling kesian dan sadis adalah part Ariana terpaksa berkorban demi menyelamatkan nyawa suaminya bila Siti Awina bersetuju menderma buah pinggang pada Mukhriz tapi dengan syarat dia nak berkahwin dengan Mukhriz tu pulak. Aduhh. Nampak sangat tak ikhlasnya. Huhu. Isteri mana yang rela berkongsi kasih kan. Kalau ada pun, mungkin rela dalam terpaksa.

Part si Ariana mimpi, cikla dah nak frust dah. Mukhriz, cakap dia terpaksa ceraikan Ariana sebab tak sanggup nak pikul 2 tanggungjawab, kalau betul si Ariana nak dia kahwin dengan si Siti Awina tu. Omg, memang suspen. Haha. Nasiblah mimpi.

Lagu soundtrack nya pun best jugak. Sebelum ni tak tau pulak si Black tu yang nyanyi. Lama lama dengar macam sedap pulak lagu ni. Apa kata kita layan sat lagu ni. 'Haruskah ku luahkan padamu... sanggupkah ku biar rahsia selamanya, nyanyi sikit.


Hmmm, tak sabar nak tunggu minggu depan nak tau apa kesudahannya. Tapi, cikla macam dah dapat agak dah apa ending nya. Happy ending lah orang cakap. Biasalah drama melayu kan. Hihi...

Post a Comment

4 Comments

  1. owh minggu depan ke last. baru tau ni. aish kene duk depan tv nanti ni.
    tapi kita geram betol la dgn si awina.. aishhh.. dush dush dush.. gerammmm

    ReplyDelete
  2. mula2 dlu tgk ..pastu mls nk tgk dh..haha.

    ReplyDelete
  3. Hehe. Siqah anti drama ni 🙈

    ReplyDelete
  4. rase mcm tak logik dengan perwatakan ariana sbg doktor . tgk kejap pastuh tak tengok dh.

    ReplyDelete