'santai tapi sampai'

Cikla rasa ke'femes'an orang Korea tak kiralah pelakon atau penyanyi kat Malayisa ni tak dapat nak dinafikan lagi. Drama-drama mere...

Rahsia kecantikan wanita Korea.

Cikla rasa ke'femes'an orang Korea tak kiralah pelakon atau penyanyi kat Malayisa ni tak dapat nak dinafikan lagi. Drama-drama mereka memang popular lama dah di kalangan masyarakat khususnya golongan remaja. Betul tak?

Walaupun orang cakap wanita Korea ni kebanyakannyalah ramai yang melakukan pembedahan plastik untuk cantik, tapi tak boleh nak nafikan jugak ada sesetengahnya mempunyai kecantikan semulajadi. 

Mereka mempunyai kulit yang mulus, bersih dan sihat tanpa cela memang kadang-kadang kalau kita tengok pun macam kagum je kan. Terlintas jugak nak tau kan apalah rahsia diaorang ni boleh mempunyai kulit macam tu.

Nahhhh, inilah yang cikla nak share ni. Cikla bukan nak bangga-banggakan sangat mereka ni, tapi salah kot kalau kita boleh jadikan 'contoh'. Mana yang baik tak salah kita ikut. Dah-dah. Jom baca jom.

Rahsia kecantikan wanita Korea.
Rahsia kecantikan wanita Korea. Kredit Google.

Pertama, melakukan senaman regangan untuk wajah. Caranya adalah dengan menyebut perkataan 'Ma Me Mi Mo Mu' sebanyak 10 kali. Ia baik untuk menjaga otot bibir dan pipi, selain dari menyerlahkan wajah kita lebih awet muda. Senangnya kan kan?

Kalau korang nak tau, mereka memulakan hari mereka dengan segelas air kosong, dan memastikan mereka akan mengambil air yang cukup dalam sehari, sekurang kurangnya 8 gelas sehari. Pengambilan air yang cukup boleh membantu mengimbangi kulit supaya sentiasa lembap dan tidak mengalami kekeringan.

Selain itu, mereka membersihkan solekan di wajah mereka dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti minyak kelapa, zaitun dan badam. Bersihkan wajah dengan bahan-bahan tersebut selama lebih kurang 4 minit. 

Selepas itu, barulah dicuci pulak dengan cleanser dalam tempoh lebih kurang 2 minit. Agaknya time inilah diaorang 'menyental' daki dan kotoran yang terdapat di wajah. 

Kemudian, barulah wajah dibilas dengan air suam, dan diikuti pulak dengan air sejuk. Tujuannya adalah untuk menutup semula liang roma. Kalau nak dapatkan hasil lagi cun, pakai ais untuk bilasan terakhir, sebab ia akan menjadikan kulit kita lebih tegang dan fresh

Jangan lupa gunakan penyegar selepas mencuci wajah. Caranya adalah dengan menggunakan hujung jari sebab penyerapan lebih bagus. Lepas tu, 'tepuk' wajah perlahan-lahan dengan hujung jari.

Mereka jugak mengoles pelembap dengan cara 'sapuan-T'. Caranya dengan meletakkan pelembap pada tapak tangan dan gosok kedua-duanya. Lepas tu, barulah disapu ke seluruh wajah dengan teknik sapuan-T dengan nipis dan menyeluruh. Ini termasuk jugak leher. 

Seterusnya, mereka menggunakan masker dari bahan semulajadi iaitu serbuk kepompong dari ulat sutera yang dikenali sebagai 'baekgangjam', yang mana ini merupakan tradisi turun temurun nenek moyang diaorang. Ia dikatakan mampu mencerah dan menegangkan kulit.

Rahsia kecantikan wanita Korea.
Rahsia kecantikan wanita Korea. Kredit Google.

Apa yang paling penting, mereka tak mengenakan solekan yang tebal, sebab bagi mereka solekan tebal akan membuatkan kulit wajah 'gagal bernafas'. Lagipun, dengan solekan nipis akan menyerlahkan natural beauty mereka. 

Untuk eyeshadow pulak mereka suka memilih warna lembut, dan pemerah pipi pink. Kalau untuk bibir pulak diaorang lebih suka pakai pengilat bibir je. 

Bagi cikla, yang natural tu lebih baik. Tak perlulah nak berlebihan sangat, tapi hasilnya memang menawan.

Sumber : Ruangan Tip Cantik.

19 comments:

  1. tips yg bagus ni cikla.. :)

    ReplyDelete
  2. bagus la tips ni kak. Kulit org korea mmg flawless kan kak. salam singgah isnin kak. :D

    ReplyDelete
  3. ok bab minum air tu i dh try..bngn je tido terus minum air kosong sgelas..baik utk sistem pencernaan..yg lain..adoii..rumitnya..haha

    ReplyDelete
  4. bagus tips ni..patutlah kulit diorang cantik

    ReplyDelete
  5. Wahhhh! nice sharing ciklaa!
    Tp serius la orang korea kulit mmg cantik.. geram je tgk. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom try... Btw sharing is caring kan...

      Delete
  6. Orang korea kulit memang cantik. Flawless je tengok. Kalau tengok drama korea tu, terpegun je tengok muka dorang.

    Natural is the best.. Setuju cik la =)

    ReplyDelete
  7. semua benda kat atas tu mls nk buat. jadi tahulah kenapa kulit tak same cam depa :) hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg penting rajin kan... Betul tu.. Hehe

      Delete
  8. Waaa~ nice sharing ... Tapi apa yg cik La share nie mmg betul. Mostly cosmetics dorang mmg bnyk nya natural sources . And suka gak cara dorang makeup tak tebal nmpk natural je slalu , even nadia tak reti pun makeup nie . Hihihi ...

    ReplyDelete
  9. Tips no 2 tue betul . Nadia buat tips no dua tue . =) and it's good

    ReplyDelete