Bagi ibu mengandung, bila baby dah semakin membesar, lebih-lebih lagi dah masuk trimester ketiga, baby selalunya akan mengeras dengan kerap.
Ada beberapa petua yang mungkin ibu ibu mengandung ni *termasuk cikla jugak cuba untuk menghadapi situasi baby mengeras ni. Apakah petuanya? Jom baca ni.
- Tukar posisi atau aktiviti bermanfaat kita. Kalau masa tu kita tengah duduk, apa kata kita bangun dan jalan-jalan pulak. Lagipun, orang cakap dah dekat-dekat nak melahirkan ni elok aktif-aktif sikit. Banyakkan bergerak, in shaa Allah senang melahirkan nanti.
- Berehatlah lebih lama. Memang tak dinafikan, makin besar perut rasa penat tu makin kerap lebih lebih lagi kalau kita buat kerja rumah. So, berhentilah sekejap, rehat rehat dulu. Kalau dah rasa ok, baru sambung balik.
- Kita memang digalakkan sangat minum air putih secukupnya. Ia penting supaya badan kita sentiasa cukup air dan boleh elakkan dehidrasi jugak.
- Buang air kecil dengan kerap. Kalau cikla, dah last trimester ni, memang selalu nauu ke toilet. Nak-nak pulak kalau minum air banyak, rasanya 15 minit sekali kot rasa nak terkucil je. Tapi, sebenarnya memang begitulah keadaan kalau kita dah di trimester ke tiga. Orang cakap kepala baby yang ke bawah. So, memanglah dia akan 'menolak' pundi kencing kita, terutama masa dia tengah aktif ligat kat dalam tu. So, bertabahlah ibu-ibu sekalian.
- Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Sambil tu usap perut tu perlahan-lahan. Belai-belai manja kata orang. Lagi elok 'berbual buallah' dengan baby.
Walaupun ini adalah antara moment yang paling best bagi ibu mengandung, tapi kadang-kadang kalau dah kuat sangat mengerasnya pun macam 'tak tahan' jugak kan.
Rasa macam nak bersalin pun ada. Berombak-ombak perut ibu dibuatnya. Apa yang penting, ibu-ibu kena pandai menyelesakan diri dengan situasi macam ni.
Fikir positif, sebab andalah antara insan terpilih untuk merasai pengalaman ini.
kite baru first time dengar istilah bayi mengeras :O
ReplyDeleteOrg ckp kalau bby kerap mengeras pun tanda nk bersalin jugak.
DeleteNice sharing..panduan untuk bakal ibu.. :)
ReplyDeleteSemoga bermanfaat
DeleteMemang biasa baby mengeras nie ... Biasa nyer akak ubah posisi duduk ... Rehat jap kalau tgh buat keje ... Usap2@tepuk2 manja sambil slow talk ngan baby ...
ReplyDeleteItulah.. Kalau dh masuk trimester ketiga lg kerap mengerasnya. Kdg2 rasa geli geli pun ada... Hihi... Mmg moment x boleh nk lupa...
Delete