Advertisement

Rahsia lelaki melalui raut wajah.

RAHSIA LELAKI MELALUI RAUT WAJAH. Setiap orang dikurniakan raut wajah yang berbeza beza. Apa kata kita cungkil sikit apakah 'rahsia' disebalik raut wajah mereka ni, sebab cikla rasa ia sesuatu yang menarik untuk diketahui.

Tapi, kita kena ingat bagaimana rupa dan raut wajah seseorang itu merupakan anugerah ciptaanNya, yang tentulah ada hikmah disebaliknya. Bersyukur dan hargailah ia.... Dah dah, jom kita baca apakah 'rahsia'nya....

Rahsia lelaki melalui raut wajah.

1. Bentuk wajah;
  • bulat - Cenderung lebih beremosi, sensitif, tapi prihatin. - Mempunyai fantasi seksual dan menikmati hubungan yang baik dalam jangka masa panjang. 
  • persegi panjang - Sangat praktikal, teratur, dan cenderung bekerja keras. - Mereka mempunyai badan berotot/atlet dari segi fizikalnya. 
  • segi empat - Dikaitkan dengan api. - Kelihatan agresif, bercita cita tinggi dan suka mendominasi. - Berfikiran analitis yang tajam dan pembuat keputusan. 
  • segi tiga - Biasanya lelaki bertubuh kecil dan persuasif secara intelektual memiliki raut wajah berbentuk sebegini. - Berpersonaliti kreatif, bersemangat tapi agak sensitif.

2. Dahi;
  • dahi lebar - Pandai, mudah dan idealistik *banyak idea
  • dahi rata - Seorang pragmatik, logik dan suka mengekspresikan diri melalui tindakan. 
  • dahi rata yang sangat lebar - Seorang yang bercita cita tinggi, perancang yang baik kalau nak melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang dicitakannya.

3. Alis;
  • alis halus - Seorang yang was was kurang kepercayaan pada diri sendiri.
  • alis tebal - Tegas, dan berpendirian kuat. 
  • alis kanan kiri bercantum - Berperibadi tinggi, tapi cemburu kuat. 

4. Hidung;
  • hujung hidung yang tinggi, lurus, lebar, dan berisi tapi lubang hidungnya dilindungi - Orangnya ramah, dan suka ambil berat pasal orang lain. - Meletakkan 'standard' yang tinggi pada diri dan seorang yang bersopan santun. - Semakin besar hidung, semakin terdedah kepada potensi tindakan kekerasan.
  • hidung bengkok -  Kemahuan yang kuat, berdikari dan rajin berusaha.
  • hidung menengadah - Kemampuan dan murah dengan kasih sayang dalam pergaulan.

Rahsia lelaki melalui raut wajah.
Rahsia lelaki melalui raut wajah. Sumber : Google.

5. Mulut;
  • bibir atas nipis tapi bibir bawah lebar - Tak dapat beri balasan dalam perhubungan. 
  • bibir lebar - Bersikap perhatian, tapi sensitif.
  • bibir kecil dan nipis - Mementingkan diri sendiri.
  • lengkung bibir ke bawah - Sukar dipuaskan. 
  • lengkung bibir ke atas - Seorang yang optimis.

6. Garis rahang;
  • garis rahang yang kuat - Dapat menilai orang dengan baik dan cepat. - Semakin ketara garis rahang, semakin besar stamina dan daya ketahanannya, tapi keras kepala.
  • garis rahang yang samar - Berperibadi lemah dan mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • garis rahang yang lebih lebar dari telinga - Seorang yang sangat kompetitif dan tak sukakan kekalahan.

7. Kerutan;
  • di sekitar mata *dikenali sebagai kerutan sukacita - Seorang yang berhati terbuka dan suka menyebarkan kegembiraan walau ke mana pun dia pergi. Kira 'happy man' lah ni.... 
  • garis menegak yang muncul di kawasan antara kedua dua mata - Seorang yang logikal, berkerja keras dan suka buat keputusan. 
  • garis memanjang dari hidung ke mulut *dikenali sebagai garis destinasi - Seorang yang menjalani hidup mengikut apa yang diinginkannya.

So, macam mana? Nak percaya ke tak ni? Hihi... Nak percaya sangat pun tak boleh sangat kot, tapi kalau tersama tu, kebetulan barangkali. Apa yang penting, kita percaya hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

Post a Comment

9 Comments

  1. amboiii cik laaa hik hik

    ReplyDelete
  2. sambil baca sambil membayangkan org yg dikenali ...

    ReplyDelete
  3. sekli terpndng dimaafkan..handsomenya.!.dua kali pndng..upss!..tundukkan pndngn pleasee...haha.

    ReplyDelete
  4. huhuhu... begitu detail penerangannya... good info kak. :)

    ReplyDelete