Ibu mana yang tak sedih kan, anak yang dikandung di dalam rahim ni, Allah bagi pinjam kejap je. Nak-nak pulak kalau si ibu dah hamil 3 bulan ke atas.
Walaupun ia satu keadaan yang pahit untuk dihadapi, tapi si ibu kena cekal hati, tabah dan redha. Percaya dengan qada' dan qadar Allah SWT sebab sesuatu yang berlaku tu pasti ada hikmah di sebaliknya.
Apa yang penting si ibu seharusnya melakukan langkah awal untuk memulihkan kembali kesihatan diri dan mungkin jugak emosi.
Kalau boleh ambillah masa untuk hamil semula. Sokongan suami dan keluarga terdekat sangat penting pada saat ni supaya si ibu tak merasa dirinya 'keseorangan' menghadapi saat sukar ni.
Walaupun cikla tak pernah mengalami situasi macam ni, tapi cikla paham perasaan ibu-ibu yang mengalaminya. Adik cikla sendiri pernah mengalaminya.
Cikla ada cerita pasal ni di SINI. Untuk pengetahuan korang, keguguran adalah disebabkan berlakunya pendarahan dan tempoh pengaliran keluar adalah bergantung kepada usia kehamilan sebelum gugur dan jenis jenis keguguran jugak.
Walaupun si ibu mengalami keguguran, mereka kena berpantang jugak macam mana ibu yang melahirkan. Proses berpantang adalah bergantung kepada usia kandungan masa gugur. Kalau masa gugur tu, usia kandungan lebih dari 22 minggu, ibu digalakkan berpantang macam ibu yang bersalin.
Masa berpantang kena ambil kira faktor pemakanan, rehat yang cukup dan pemulihan badan.
Masa berpantang kena ambil kira faktor pemakanan, rehat yang cukup dan pemulihan badan.
Jangan pandang ringan sebab kalau kita fikir kita ni gugur je tak payah nak pantang-pantang sangat, memang salah sangat tanggapan tu sebab ia melibatkan kesan kepada kesihatan diri kita lebih-lebih lagi dalam jangka masa panjang.
Jom baca ni, cikla nak share apakah dia cara berpantang disebabkan keguguran. Mana tau ia boleh dijadikan panduan dan ingatan untuk kita khususnya ibu-ibu.
Jom baca ni, cikla nak share apakah dia cara berpantang disebabkan keguguran. Mana tau ia boleh dijadikan panduan dan ingatan untuk kita khususnya ibu-ibu.
- Pakailah pakaian yang tebal untuk elakkan 'angin masuk'. Jangan lupa ikat rambut ketat ketat, orang tua tua cakap untuk elakkan sakit kepala dan pening.
- Mandilah dengan mandian herba supaya kita akan rasa lebih tenang disebabkan kesan aromaterapi.
- Bertungkulah setiap hari terutamanya selepas mandi dan urut seluruh badan dengan minyak herba, sebab salah satu kebaikannya adalah untuk melancarkan peredaran darah dan melegakan urat urat badan yang mungkin dah 'masuk angin'.
- Seeloknya jangan duduk di bawah kipas atau dalam bilik ber'aircond'. Kalau si ibu rasa sakit kepala atau pening, sapu je pilis pada dahi. InshaAllah, rasa sakit akan berkurangan, di samping rehat secukupnya.
- Jangan makan makanan yang gatal, berangin dan seafood yang 'berbisa'. Apa yang penting, amik makanan yang seimbang untuk mendapatkan nutrien dan zat yang cukup bagi memulihkan kembali badan.
Bagi cikla, si ibu kena tau apakah yang berlaku selepas keguguran. Maksudnya, 'rasa' yang dialami oleh si ibu selepas gugur. Apakah dia?
Jom baca ni pulak;
Jom baca ni pulak;
- Si ibu akan mengalami haid macam biasa lepas 3 hingga 6 minggu selepas gugur.
- Elakkan berendam/berenang ketika cuaca panas.
- Kalau boleh, elakkan dulu 'hubungan intim' lepas habis pendarahan. Kalau nak 'bersama' jugak, gunakan kondom *kalau perlu untuk mengelakkan kehamilan sebelum tempoh 3 hingga 6 bulan.
- Si ibu mungkin akan rasa sakit pada bahagian bawah ari ari, sama macam senggugut tu. Kalau sakitnya berpanjangan, eloklah pergi jumpa doktor. Takut sakit lain pulak nanti.
Walaupun begitu, si ibu janganlah risau pulak sebab korang boleh mengandung lagi. Cuma kena amik masa sikit, tak perlu nak terburu-buru hamil.
Untuk pengetahuan ibu-ibu, masa yang terbaik dan selamat untuk hamil semula adalah lepas 3 bulan atau 3 kali haid sebab ia penting untuk pastikan lapisan dalam rahim kita *endometrium kembali pulih macam sebelum ni.
Jangan anggap gugur ni akan menyebabkan si ibu jadi tak subur pulak, nak-nak pulak kalau ibu nak hamil dengan cepat lepas gugur.
Jangan anggap gugur ni akan menyebabkan si ibu jadi tak subur pulak, nak-nak pulak kalau ibu nak hamil dengan cepat lepas gugur.
Salah tanggapan tu sebab keadaan ni berlaku semulajadi dan ia takde kena mengena langsung dengan kesuburan. Kalau kitaran haid ibu normal lepas gugur, jangan risau mesti ibu akan mengandung balik. In shaa Allah.
Ada kajian mengatakan kalau ibu hamil kembali lepas gugur, ia lebih sihat. Apa yang penting sentiasa berfikiran positif dan yakin yang ibu akan hamil lagi. Kuatkan semangat dan usaha serta berdoalah. Jangan rasa down, ok.
Ada kajian mengatakan kalau ibu hamil kembali lepas gugur, ia lebih sihat. Apa yang penting sentiasa berfikiran positif dan yakin yang ibu akan hamil lagi. Kuatkan semangat dan usaha serta berdoalah. Jangan rasa down, ok.
Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.
klu yg gugur baru 2,3 bulan pregnant pantang nye macam mana pulak?
ReplyDeleteSalam Fannun... Mungkin ni jwpn kpd soalan awk tu...
DeleteJika keguguran berlaku lingkungan kandungan ;
~ 2 minggu – 3 bulan : ibu pantang berjimak selama 30 hari.
~ 4 bulan – 5 bulan : ibu pantang berjimak selama 40 hari.
~ Lebih dari 6 bulan : ibu pantang berjimak 44 hari.
Waallahualam....
Tp rasanya pendapat cikla dr segi pemakanan dan pejagaan diri lebih elok bpantang mcm org bersalin. Itu lebih baik rasanya. Nak kembalikan balik kesihatan diri kita lebih lebih lg kalau kita berhasrat nk mgandung lg...
Deletecikla..err mksd sy cara pntang tu lbih kpd pntang org brsalin..tak sangka ada tips tempoh pntang utk jimak skali..
Deletethnks juga psl info ni..klu bersalin pntangnye 40-44 hari..kalau kguguran bpe hari pulak sminggu @ 2 minggu ke?
Cikla ada dgr jugak org ckp kalau pantang keguguran 2 minggu kalau usia kandungan masih kecil masa gugur. Tapi cikla rasa masih perlu bertungku dan jaga pemakanan masa berpantang. Kalau gugur kandungan dh besar, usia kandungan lebih 22 minggu eloklah berpantang mcm org bersalin tu. Bertungku, berbengkung dan sebagainya. Lagipun nak pulihkan rahim kan....
DeleteSemoga bermanfaat....
ReplyDeleteniza info. tq :)
ReplyDeleteSama sama....
DeleteKalau ikut kata orang2 tua ... Berpantang keguguran lebih lagi dari berpantang beranak ... Lebih cam ner tu tak tahu plak ...
ReplyDeleteItulah... Org ckp nk kembalikan senula rahim kita sblm mengandung kan... Jugak utk dpt kan kesihatan yg baik....
DeleteTq CikLa sharing... :)
ReplyDeleteSama sama PC...
Delete