Ada orang dikurniakan kulit muka yang bebas dari noda dan masalah. Bagi cikla itu memang satu bonus dan anugerah. Akan tetapi, tak dinafikan jugak, ada orang yang mempunyai masalah kulit yang akan menyebabkan kita rasa rendah diri, lebih-lebih lagi kalau kita berhadapan dengan orang ramai. Sebenarnya, secara amnya hanya dengan 3 langkah mudah je kita boleh jaga kulit muka kita. Apakah 3 langkah itu? Jom baca ni.
Senangnya jaga kulit muka, 3 langkah aje... Kredit Google. |
Langkah 1 : Mencuci muka.
Cikla rasa zaman sekarang ni ada macam-macam jenis atau jenama pencuci muka di pasaran. Cuma kita kena bijak mencari mana yang sesuai dengan kulit muka kita. Tak semestinya produk yang mahal. Kadang-kadang, jenama yang murah pun dah ok dah. Asalkan ia memberi hasil yang terbaik. Kalau boleh, jangan guna produk tu campur-campur. Dan kita kena memakainya secara konsisten. Barulah hasil yang kita perolehi nanti memuaskan hati.
Ni tak, guna kejap produk A, lepas tu tengok pulak iklan promote produk B, dah tukar pulak. Kita pun tak nampak lagi keserasian produk tu dengan dengan kulit muka kita. Guna EPYHRA skin bar pun ok. Sesuai untuk semua jenis kulit. Nak tau lebih lagi pasal ni? Klik SINI. Kalau korang nak tau, kalau pencuci itu ada banyak buih masa kita gunakannya ini akan menjadikan kulit muka kita kering. Tapi, cikla rasa apa kata sekali sekala kita gunakan sumber alami macam susu, yogurt atau oat untuk mencuci muka. Pasti hasilnya tak mengecewakan kita.
Langkah 2 : Pelembab.
Menggunakan pelembap pada muka selepas mencuci dan menyegar sememangnya digalakkan. Ia bertujuan untuk menjadikan kulit muka sentiasa dalam keadaan lembap, walaupun bagi kulit normal memang dah ada 'minyak' secara semualajadi. Pilihlah pelembap berbentuk losen sebab ia lebih ringan. Tapi, disebabkan faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran, kadang-kadang kulit muka akan jadi kering.
Orang yang mempunyai kulit muka yang memang jenis kering, adalah sangat digalakkan menggunakan pelembap untuk mengekalkan keanjalan kulit muka. Pilihlah pelembap bertekstur keras seperti krim. Orang yang mempunyai jenis kulit berminyak, kalau boleh elakkan memakai pelembap sebab kelenjar sebum sememangnya dah aktif mengeluarkan minyak. Tapi, kalau nak pakai jugak pilih pelembap berasaskan air sebab ia mempunyai bahan penyerap minyak. So, takdelah nampak muka tu terlampau berminyak kalau kita menggunakannya.
Langkah 3 : Pelindung UV.
Zaman sekarang ni cuaca pun dah tak menentu kan. Nak-nak pulak, Malaysia ni beriklim panas. So, memang tak dapat nak elaklah pendedahan kulit muka terutamanya kepada cahaya matahari. Kalau korang nak tau, kulit muka yang selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari akan menjadikan kulit muka kita berkedut dengan cepat. So, itulah sebabnya penting kita gunakan pelindung UV tapi dengan kadar SPF kurang 30. Kalau kulit korang jenis berminyak, guna pelindung UV berasaskan bahan mineral dan organik. Tengok, tak susah pun kan? Hanya dengan 3 langkah asas, kulit muka kita dah 'terbela' pun.
Bagi cikla, apa yang penting kita kena rajin dan perlu ada kesedaran jugak dalam menjaga kecantikan muka kita. Tapi kalau dah malas, bagi petua apa pun memang takde maknanya wehhhhh. Orang cakap biar kita berkulit gelap, tapi kulit muka kita sihat dan bebas dari masalah. Betul tak?
Sumber : Ruangan Sekilas Cantik.
SIqAh tak ada pelembap muka. Biasa cuci muka dan terus pakai krim muka je.. Nak kena cRi jugak pelembap satu ni.. Huhu..
ReplyDeletePelindung UV tu memang penting!
Pelindung UV mmg penting. Nak nak pulak musim musim panas ni..
Deleteinfo yang menarik..hehe
ReplyDeleteSharing is caring...
DeleteMacam2 petua CikLa nie ...
ReplyDeleteSharing is caring...
Deletesenang baca nya seperti tips kecantikan kulit wajah, jadi nambah wawasan saya tentang petua
ReplyDeleteSelamat mencuba...
Delete