'santai tapi sampai'

Orang cakap jiwa perempuan mengandung ni sensitif. Betul lah tu. Cikla memang mengakuinya.   Sensitif lah sesangat.  Janganlah ko salah caka...

Jangan cakap 10 perkara ini pada isteri awak yang sedang mengandung!

Orang cakap jiwa perempuan mengandung ni sensitif. Betul lah tu. Cikla memang mengakuinya.  Sensitif lah sesangat. 

Janganlah ko salah cakap dengan dia. Memang syahdu syahdanlah hatinya. Silap-silap lari masuk bilik nangis kat bucu katil. Huhu. 

Even, korang 'tertinggikan' suara pun, dia ingat korang marah dia. Kuat sikit je kot volume. Dah ingat orang tak suka dia. Mulalah merajuk. Adudu. 

Memang payah jugak nak melayan jiwa sensitif perempuan mengandung ni. Ada 10 perkara yang si suami kalau bolehlah jangan cakap dengan isteri awak yang sedang mengandung. 

Apa perkara tu agaknya ye. Jom baca kat bawah tu.

Jangan cakap 10 perkara ini pada isteri awak yang sedang mengandung
Jangan cakap 10 perkara ini pada isteri awak yang sedang mengandung!

Kalau bab gemuk tu, takdelah nak amik hati sangat. Tunggulah saya bersalin nanti, menangis awak tengok kerampingan saya tau. 

Yang awak tu, gemuk tak kurus-kurus tu apa hal. Kita gemuk-gemuk pun 9 bulan je. Awak tu, selamanya gemuk je saya nampak. Hihi. 

Tapi cikla rasa yang no.10 tu paling win. Kentut. Haha. Mungkin sesetengah perempuan mengandung ni asyik buang angin je kot. 

Tapi, kalau dah macam tu 'pembawakan' baby nak buat macam mana ye tak. Macam suami pulak, time isteri buang angin pandai pulak complaint itu ini. 

Tapi bila tang awak yang buang angin tu, selamber derk je muka kan. Nak-nak pulak kalau kat dalam kereta. 

Kita takde pulak nak complaint kan? Berlakon buat buat tak bau apa-apa je, semuanya nak jaga hati suami tu. 

Jangan cakap 10 perkara ini pada isteri awak yang sedang mengandung
Jangan cakap 10 perkara ini pada isteri awak yang sedang mengandung!

Lagi satu kalau bab merajuk. Orang perempuan ni kadang-kadang bukan nak merajuk sangat pun. Dia cuma nak tengok, suami dia ni amik berat tak dengan perasaan dia. 

Lagi pun, dia nak merajuk dengan siapa pun. Suami dia sorang ajelah. Tak salah kot sekali sekala dia merajuk minta dipujuk. Nak bermanja orang cakap. 

Memang tak dinafikan, sesetengah suami ni susahnya nak minta maaf kat isteri kalau dah buat salah. 

Ego tinggi sangat. Tak ke tanahnya ego awak tu kalau awak mengalah sikit je. Ni tak. Dah la isteri tu mengandung. Saja merajuk konon nak mintak dipujuk, last last isterinya pulak yang kena pujuk suami dia. 

Terbalik pulak dah.

Bagi cikla encik suami jangan ego sangat. Masa isteri mengandunglah awak kena jaga hati isteri tu bebaik. Ingat senang ke nak harung masa mengandung 9 bulan tu. 

Macam-macam dia rasa tau. Kalau perut dah besar pulak, nak tidur pun tak selesa. Awak kat sebelah tu berdengkur. 

So, pandai-pandai lah amik hati isteri tu. Lagi pun, anak siapa yang dia usung dalam perut tu ke sana sini? Anak awak jugak. Itu belum lagi saat getir masa nak melahirkan. 

Kontraksi lagi, kena jahit lagi. So, Ingat tu.

9 comments:

  1. tips menarik..

    ReplyDelete
  2. Cik Laaa~ hihihi ... If nadia , suami cakap 10 ayat tue ... Boleh jadi sensitif walaupun nadia tak mengandung, hihihi ... Dan part merajuk tue betul - betul betul ... Kadang kita saja je nak test suami kita kann. Tapi mmg betul lah lastly , kita lak kena pujuk dia hihiji ... Tq sharing cik La

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... Kdg2 sesetengah lelaki ni mcm tak alert dgn bini dia kan. Kalau kita buat mcm tu, pandai pulak dia merajuk... Ish ish ish....

      Delete
  3. Tengah blogwalking blog CikLa, sekali parcel pun sampai ... Terima kasih ...

    ReplyDelete
  4. memang perempuan ni hati dia sensitif.. jika selalu terluka lama2 blh jadi keras...

    ReplyDelete