'Santai Tapi Sampai'

27 August 2016

Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.

Siapa penggemar coklat putih? Rasanya kalau dah namanya coklat semua orang suka kan? Betul tak? Bagi cikla, coklat putih ni macam lebih rasa susu dan lebih manis sikit daripada coklat biasa tu. Terbaru, HERSHEY'S telah memperkenalkan coklat keluaran mereka, Nugget cookies 'n'creme. Tapi, tak taulah ini latest coklat keluaran mereka atau dah lama sebab sejujurnya cikla memang baru tau dan makan coklat ni. First time cikla makan coklat ni, suami cikla beli. Memang memula tengok dia makan, macam pelik jugak. Coklat apa tu ye. *dah la makan tak pelawa. Huhu. At last, cikla suruh dia beli sebab macam teringin pulak.

Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.
Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.

Harga kat bungkus tu adalah harga cikla beli dekat kedai Petronas, Treat. Tapi, kalau dekat kedai biasa atau pasaraya mungkin murah sikit or lebih kurang kot harganya. Maybe. Kat dalam satu bungkus tu ada tiga ketul coklat berbentuk segiempat. *amboi, siap bentuk lagi. Hihi. Tengok gambar bawah tu. Tergoda tak? Hihi.

Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.
Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.

Jom kita gigit sikit coklat tu kasi tengok macam mana isi dalamnya pulak. Taraaa. Tengok, ada coklat cip kan kat dalamnya. Rasa memang sedap. Rasa satu nak lagi, nak lagi, nak lagi. Tak puas kata orang makan sebungkus tu. Nak share? Memang taklah. Hihi.

Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.
Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.

Jom cikla nak kongsikan apakah bezanya coklat gelap *biasa dengan coklat putih. (Sumber : SINI ) 

Walaupun coklat gelap dan coklat putih mengandung koko yang diambil dari biji buah koko, keduanya tetap mempunyai perbezaan. Untuk pengetahuan korang, ada 3 bahagian yang boleh diambil dari buah koko ini, iaitu sari koko *bahan asas dari buah coklat yang dicairkan, lemak koko *lemak, dan jalfrezi koko *bahagian buah coklat yang tidak mengandung lemak, yang mana Ina mengandungi lapisan jalfrezi. 

So, coklat gelap dihasilkan dengan menambah lemak koko dengan gula dan jalfrezi koko. Coklat gelap tak mengandungi susu. Coklat putih pulak, mengandungi lemak koko, gula dan susu dan langsung tak mengandungi sari koko. 

Dari segi rasa, bila dimakan coklat gelap rasa lebih manis coklat dan meninggalkan rasa pahit setelah dimakan. Manakala, coklat putih pulak memiliki lebih rasa susu sebab tak mengandungi sari coklat atau jalfrezi koko. 

Dari segi tekstur pulak, coklat gelap mempunyai tekstur yang kering dan kasar sebab tidak mengandungi susu. Manakala, coklat putih memiliki tekstur yang lebih halus dan sedikit melekit. Coklat gelap biasanya digunakan sebagai sos topping dan sebagai bahan minuman coklat. Manakala, coklat  putih pulak biasanya dijual dalam bentuk kepingan, dan digunakan sebagai bahan dessert dan gula-gula. 

Selain itu, coklat gelap dihasilkan dari bahan asas buah koko dan mengandungi sari serta serbuk koko, lemak koko dan gula, tapi tak mengandungi susu. Manakala, coklat putih pulak mengandungi lebih banyak gula, lemak koko, dan susu, tapi takde kandungan serbuk coklat. 

Walaupun begitu, coklat gelap dikatakan lebih memberi kebaikan dari segi kesihatan, terutama untuk kesihatan otot jantung, sebab ia adanya kandungan flavonol antioksidan, berbanding dengan coklat  putih. Tapi, kalau sekali sekala makan apa salahnya. Ye tak? Hihi.

Kalau korang belum rasa lagi, apa kata pergi cepat-cepat beli. Sedap tau. Harga pun takdelah mahal sangat. Selamat membeli dan merasa ye.

16 comments:

  1. Nadia pun sukaaa hershey cookies n cream =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Sdap... Kalau makan sure tak share punya.. Makan sorang je. Hihi

      Delete
  2. sedapnyaa..ammm..! Hppy birthday cikLa !!..smoga dirahmati sentiasa allahumma aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah rasa x? Cepat g beli. Btw, thanks mas atas ucapannya... Amin...

      Delete
  3. Replies
    1. Kalau coklat semua org suka kan.. Hehe...

      Delete
  4. Sedap! Siqah suka yang white choc!

    ReplyDelete
  5. mek suko choc putih. ade orang ckp choc putih lebih manis. tapi mek prefer ni lg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg manis sikit. Tp sekali sekala xpe kot.. Hehe...

      Delete