Macam-macam : Kera lahirkan anak gorila.

Lepas dah selesaikan uruskan anak-anak pergi sekolah dan sebagainya, cikla duduk rehat rehat, sambil belek belek papar Kosmo harini. 

Selak punya selak, mata tertumpu pada satu tajuk ni; "Kera lahirkan anak gorila menerusi pembedahan." 

Aiseh, tengok tajuk dah macam pelik bin hairan gak lak, hehe. Jom cikla nak share dengan korang pasal cerita kera ni.

Macam-macam : Kera lahirkan anak gorila.
Macam macam; kera lahirkan anak gorila. Sumber : KOSMO!

Kejadian berlaku di London, di mana pakar sakit puan di sebuah hospital di sini berjaya melakukan pembedahan terhadap seekor kera yang melahirkan anak gorila. *ayat dah macam pening pulak, haha.

Keadaan ni dikatakan pertama kali berlaku dalam sejarah selepas petugas zoo memanggil pakar perubatan setelah ibu kera menunjukkan tanda tanda nak beranak. 

Sebelum ni, mereka berjaya membantu beratus-ratus bayi kera dengan cara pembedahan tapi kejadian ni adalah kali pertama sebab seekor kera betina melahirkan seekor anak gorila betina. 

Ia dikatakan perkara yang sangat luar biasa dan amat amat jarang berlaku. 

Haha, bagi cikla perkara ni memang tak mustahil berlaku, tapi agak peliklah kan. Mungkin ini dinamakan kacukan baka Kela (kera+gorila). Haha.

2 comments:

  1. kacuk jadi Kela ye... hehehehee.. atau Gorera... :)
    Allahu Akhbar.. semua ni kuasa Allah s.w.t.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews