Masak lemak ayam bersama kentang.

Mesti korang dah lunch kan? Dah pukul berapa dah ni. Kalau belum, baik pergi lunch cepat. Hari ni cikla masak agak simple jugak. Bila menghadap ayam ni, yang terlintas dalam kepala menu paling senang adalah sup ayam ataupun ayam masak merah. Tapi, macam bosan pulak asyik menu sama je. So, hari ni cikla try masak lemak pulak.

Honestly, first time cikla masak menu ni. Resepi mak cikla, cikla olah sikit-sikit ikut selera sendiri. Hehe. Mungkin ada yang tau macam mana nak masak ni kan, tapi mungkin lain orang lain caranya. Apa yang penting, memasak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang, gerenti sedap punyalah. Oklah, malas nak membebel panjang-panjang, jom kita tengok bahannya dulu.*sukatan bahan ikut cikla tau. Sebab cikla tak ramai, dalam 3-4 orang makan gitu.

Masak lemak ayam bersama kentang.
Masak lemak ayam bersama kentang. 

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (dipotong kecil, dibersihkan dan diperap sekejap dengan sedikit kunyit dan garam).
2 batang serai (ditumbuk). 
2 helai daun (kunyit disiat dua).
2 biji cili merah (dipotong dua).
4 biji kentang (potong dua). *kentangnya cikla rebus dulu.
1 kotak santan pekat.
1 keping asam keping.
2 camca teh serbuk ketumbar.
1 camca teh lada hitam.
Air, garam, gula dan perasa.
Sedikit minyak untuk menumis.

Bahan hiris/tumbuk:

1 biji bawang besar.
1-2 ulas bawang putih.
1/2 inci halia. 
5-6 biji cili api. *ikut suka kalau tak nak letak takpe, sebab nanti letak lada hitam sikit.

Jom kita tengok caranya pulak. Step by step. Memang senang je.

Panaskan panaskan minyak, kemudian tumis bahan hiris/tumbuk sampai kekuningan. Kemudian, masukkan serbuk ketumbar dan kacau sampai naik bau. Lepas tu, masukkan ayam dan biarkan sekejap sampai air ayam keluar. Setelah itu, masukkan serai, daun kunyit dan cili merah, gaul rata. Bila air ayam nampak kering, masukkan santan dan air (ikut kepekatan kuah yang disukai). Biarkan seketika sampai kuah menggelegak dan santan masak. Lepas tu, masukkan kentang yang dah direbus, asam keping, garam, gula dan perasa. Sesuaikan rasa dan biarkan sebentar. Selepas itu, tutup api dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

*kalau masak masakan kuah berasaskan santan (tak kira apapun), masak guna api perlahan untuk elakkan santan pecah minyak. Nanti rupa kuah tak cantik. Hehe.

Macam mana? Senang kan? Pejam mata pun boleh buat. Ececeh. Hihi. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews