Equinox. Apa tu?

Mungkin cikla lambat kot bercerita pasal isu equinox ni. Sebab,  rasanya minggu lepas, rakyat Malaysia sibuk bercerita pasal fenomena equinox ni. Apa dia equinox ni sebenarnya ye. Kalau korang nak tau,  meh cikla nak kongsikan apakah dia si equinox. 

Fenomena equinox ini biasanya berlaku sebanyak 2 kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan September, di mana matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.

Kalau korang nak tau, bumi kita ni berputar mengelilingi matahari dengan posisi yang sedikit miring, sekitar 23.5° terhadap bidang lintasannya yang dikenal sebagai ekliptik. Sebab itulah matahari tidak selalu tepat berada di bahagian tengah bumi (garisan Khatulistiwa). Untuk jangka masa setengah tahun, matahari akan berada di bahagian atas kawasan utara Khatulistiwa.

Manakala, untuk setengah tahun berikutnya pulak, matahari akan berada di bahagian atas belahan selatan khatulistiwa. Ini akan menyebabkan terjadinya perbezaan musim di kawasan 4 musim belahan utara dan selatan. 

Bila belahan utara alami musim panas, belahan selatan akan alami musim sejuk, dan begitulah akan berlaku sebaliknya. Bila matahari duduk betul-betul kat di garisan Khatulistiwa, equinox akan berlaku, inilah dia. Bayangkanlah matahari duduk tepat kat garisan Khatulistiwa ni. Ermmmm kejadian ini akan menjadikan keadaan menjadi lebih panas dan tak mustahil suhu boleh meningkat ke bacaan tertinggi,  40°C. Walau bagaimanapun, bagi cikla kadang-kadang kita memang kena amik tau jugak pasal fenomena alam ni semua.  

Selain dari ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita, ia jugak dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dan kagum dengan kejadian alam ciptaanNya. Mudah mudahan tangga iman kita akan meningkat dan jadi lebih kukuh lagi. Insha Allah. 

Semoga ni akan memberi sedikit ilmu yang bermanfaat pada kita. 

Sumber : SINI

1 comment:

  1. Thnks atas prkongsiannya..kekdg kita buat x taw je kan

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews