'santai tapi sampai'

Pada pendapat cikla,  kebanyakan kaum Adam memang merokok kan? Mungkin dalam 10 orang tu, 1-2 yang tak merokok.  Betul ke? Tak dinafikan j...

Oh lelaki, berhentilah merokok. Ada berani?

Pada pendapat cikla,  kebanyakan kaum Adam memang merokok kan? Mungkin dalam 10 orang tu, 1-2 yang tak merokok.  Betul ke? Tak dinafikan jugak ada segelintir wanita jugak merokok. Suami cikla merokok tapi bukanlah seorang perokok tegar.  Dengan kawan-kawannya dia maybe hisap rokok. Tapi, bila dengan cikla dan anak-anak, dia memang tak hisap rokoklah.

Ermm, kita bukan nak cerita pasal lelaki ke perempuan merokok, tapi kali ni cikla nak share pasal merokok ni. Kenapa orang susah sangat nak berhenti merokok? Mungkin salah satu sebab pasal dah biasa dan dah jadi satu habit. Walaupun macam-macam kempen kita dengar untuk ajak masyarakat berhenti merokok, tapi memang agak payah kan. Harga rokok mahal pun, orang still lagi nak merokok. Adududu.

Oh lelaki, berhentilah merokok. Ada berani?
Oh lelaki, berhentilah merokok. Ada berani?Image credited to google.

Sebenarnya, kalau korang nak tau, merokok akan meningkatkan risiko sampai 10 kali ganda seseorang perokok itu mendapat 40 jenis penyakit serius (kanser paru paru, sakit jantung, atau strok). Itu belum lagi kesan rokok pada tisu dan organ badan.  Nauzubillah. Takut dengar kan? Pendek kata,  merokok memang takde faedahnya. Bagi penyakit adalah. Orang yang menghidu asap rokok jugak terutama kanak kanak dan wanita hamil juga terdedah kepada risiko bahaya.

Jom cikla share kebaikan kalau kita tak merokok;

Panjang umur; mengikut kajian, 1 daripada 2 perokok akan mati lebih awak disebabkan penyakit berkaitan merokok.  Kalau korang nak tau, merokok membunuh hampir 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. 

Elak bahan bahaya; Ada kajian yang mengatakan asap rokok mengandungi hampir 4000 bahan kimia dan 50 darinya boleh menyebabkan kanser. *Ya Allah, takutnya.

Cegah penyakit; banyak penyakit bahaya yang dikesan disebabkan oleh tabiat merokok. Hampir 40 jenis penyakit termasuklah kanser, sakit jantung, strok, ulser perut dan lain-lain. 

Hidup lebih sihat; mereka yang tak merokok kurang mendapat batuk,  selsema dan lain lain penyakit berkaitan penafasan berbanding yang merokok. 

Cegah risiko kepada orang sekeliling; asap rokok yang dihidu oleh orang sekeliling akan turut memberi kesan negatif.  Nak-nak pulak,  orang yang memang mempunyai masalah pernafasan seperti asma, ibu hamil, orang tua yang berpenyakit kronik dan kanak kanak. 

Jimatkan duit; bayangkan kalau sekotak rokok berharga RM10, kalau perokok tegar paling tak pun sekotak dua hari. Kalau sebulan,  hampir rm300 dibelanjakan dengan membeli rokok. Kalau setahun? Mengapa tak gunakan duit tu kepada perkara yang lebih berfaedah dan paling tak pun simpan aje untuk masa depan. Betul tak? 

Selain itu, antara kebaikan lain kalau kita tak merokok adalah; meningkatkan kesuburan lelaki *yang ni cikla taknak komen, kena tanya pakar, gigi kelihatan lebih putih dan bersih, dan terhindar dari nafas yang berbau.

Oh lelaki, berhentilah merokok. Ada berani?
Oh lelaki, berhentilah merokok. Ada berani? Kesan buruk akibat merokok. - Image credited to google.

Kalau diikutkan mudah je kot nak berhenti merokok ni, semua bergantung pada kehendak dan niat. Betul tak? Meh cikla nak share apakah teknik 12M yang boleh digunakan untuk orang yang nak berhenti merokok. Jom baca.

1; Melengah lengahkan - tunggu 5 minit atau katakan nanti sekejap.
2; Menarik nafas panjang - tarik nafas 3 kali perlahan-lahan.
3; Minum air - elakkan minum minuman berkafein dan banyakkan minum air putih.
4; Menyibukkan diri - lakukan aktiviti yang boleh membuatkan kita melupakan rokok.
5; Menjauhkan diri -  elakkan diri dengan orang yang merokok. 
6; Mengelakkan diri - elak dari suasana/situasi yang mendorong kepada merokok. 
7; Mengunyah sesuatu - contohnya chewgum atau lebih sihat lagi buahan.  Tapi elak makan benda yang manis tau. 
8; Membasuh tangan selalu.
9; Mandi dengan kerap.
10; Menegangkan otot - buat senaman regangan bila rasa mengantuk.
11; Meditasi.
12; Memohon doa - sentiasa berdoa supaya dikuatkan azam untuk berhenti merokok.

Amacam? Ada berani tak? Sebenarnya bila kita tak merokok kebaikan lebih untuk diri kita sendiri jugak. Tepuk dada tanya diri. Nak ke tak nak. Renung-renungkan, dan selamat berhenti merokok.  

Sumber ; Ruangan Klinik Lelaki, Majalah Wanita 2016.

0 comments: