'santai tapi sampai'

Sebelum ni kalau pagi pagi tu cikla selalu dengar celoteh Kak Engku, SY dengan Krill, dalam slot sinar pagi. Memang tak kering gusi dengar ...

SEPAHTU sinar memang best!

Sebelum ni kalau pagi pagi tu cikla selalu dengar celoteh Kak Engku, SY dengan Krill, dalam slot sinar pagi. Memang tak kering gusi dengar celoteh diaorang bertiga tu. Ada aje yang boleh dijadikan 'isu'.

Tapi, kalau ada yang tak tau, sekarang ni ketiga-tiga mereka tu telah digantikan dengan trio SEPAHTU sinar setiap hari Isnin hingga Jumaat, start pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Trio yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Rahim. Mereka bertiga ni jugak tak kurang hebatnya dalam mengendalikan program tu.

Cikla memang tak pernah miss dengar program ni setiap pagi. Sambil sambil buat kerja rumah, telinga pulak dengar celoteh dah cerita mereka kat radio tu. Memang kelakar diaorang ni. Lawak lawak, hehe.

SEPAHTU sinar memang best!
SEPAHTU sinar memang best! Trio SEPAHTU sinar. - Credit image HERE.

Rasanya siapa yang tak kenal diaorang bertiga ni kan? Popular tu. Diaorang bertiga ni memang dah membina keserasian sejak dari program Maharaja Lawak Mega lagi. So, keserasian mereka ini dilanjutkan lagi ke program inilah. Memang terserlah chemistry antara mereka ni.

Apa yang penting isi penyampaian mereka, walaupun dalam bentuk lawak jenaka tapi masih mempunyai informasi, peringatan untuk semua masyarakat dan yang paling penting lawak segar. So, pendengar takdelah bosankan. 

Kalau serius sangat DJnya memang macam boring pulak orang nak dengar, betul tak? Walau apapun semoga kerjaya mereka lebih sukses.

0 comments: