Musim musim panas melampau sekarang ni, kita perlulah menjaga diri kita sebaik mungkin. Fenomena El-Nino ditambah pulak dengan equinox <<baca entri Equinox? Apa tu??>> menjadikan suhu pada waktu siang boleh mencecah sampai 40°C. Wah, bayangkan... Dengan keadaan suhu sebegini boleh mengganggu sistem metabolisme badan kita jugak tau.
Keadaan panas sebegini jugak bahaya untuk orang yang bekerja di bawah sinaran matahari sebab pelbagai penyakit mungkin akan timbul termasuklah strok haba. Dalam berita pun ada dilaporkan kes kematian yang disebabkan oleh strok haba. So, jangan amik ringan tau pasal ni. Kadang kadang perkara yang kita nampak remeh sebenarnya penting untuk kita amik kisah.
Untuk pengetahuan korang, golongan golongan berikut berpotensi untuk alami masalah kesihatan akibat dari keadaan panas melampau sekarang ni
- warga emas yang berusia 75 tahun ke atas.
- bayi dan kanak kanak.
- pesakit jantung dan orang yang alami gangguan pernafasan.
- orang yang alami gangguan psikologi.
- orang yang selalu terdedah kepada cuaca panas.
- obesiti.
Cikla nak share beberapa tips yang mungkin dapat membantu kita daripada dijangkiti penyakit di musim-musim panas melampau ni. InshaAllah.
- Pertama; pada cikla inilah langkah terpenting dan termudah kot, iaitu minum banyak air putih. Kita memang digalakkan minum air putih paling tak pun 8 gelas sehari untuk elak dehidrasi. It's ok kalau asyik pergi toilet sebab minum air banyak, sebab air yang hilang melalui perkumuhan akan diganti dengan air yang kita minum nanti. So that, badan kita akan sentiasa sihat tanpa kekurangan air.
- Kedua; pakai pakaian yang nipis, longgar dan berwarna cerah/putih. Elak pakai pakaian yang ketat dan berwarna gelap sebab warna sebegini akan menyerap haba lebih banyak. So, memang bahayalah.
- Ketiga; pakai pelembap wajah atau badan untuk elak dehidrasi kulit. Ia juga akan jadikan kulit sentiasa lembap dan tak kering.
- Keempat; makan banyak sayuran dan buahan terutama yang mengandungi banyak air. Kalau boleh elak makan makanan yang tinggi protein sebab orang cakap ia akan tingkatkan panas dalam badan.
- Kelima; banyakkan rehat dan kalau boleh hadkan aktiviti luar rumah terutama yang terdedah dengan matahari dalam tempoh yang lama.
- Keenam; mandi sebab ia dapat membantu menyejukkan badan, tapi jangan selalu pulak mandi ye kawan kawan, nak nak pulak masa kulit sedang panas dan berpeluh. Bahaya tau.
- Ketujuh; elak makeup tebal-tebal sebab keadaan ni akan meningkatkan suhu panas pada wajah.
Bagi cikla, mencegah lebih baik dari mengubati kan. Selagi kita boleh elak supaya penyakit tak dekat dengan kita, cubalah. Apa yang penting kita usaha. Betul tak? Korang semua jaga diri dan semoga kita semua terhindar dari sebarang jenis musibah ekoran dari keadaan panas ni.
Sumber : Ruangan HATI, Harian Metro.
No comments:
Post a Comment