Makanan sunnah adalah makanan yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW, malah pengambilannya memang amat dituntut demi mendapatkan kesihatan dan kecergasan yang baik.
Walaupun pada masa sekarang ada macam-macam makanan yang boleh diambil untuk mendapatkan kesihatan yang diidamkan, bagi cikla makanan sunnahlah yang terbaik. Kalau kita amalkan dalam diet seharian pun lagi bagus.
Jom cikla nak share apakah makanan sunnah itu.
Madu lebah; madu dianggap ibu segala makanan dek kerana pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya. Ia satu-satunya makanan yang dihasilkan oleh lebah yang mana mempunyai komponen keperluan hidup manusia iaitu enzim, vitamin, mineral, air dan pinocembrin (antioksida yang dapat meningkatkan fungsi otak). Bila madu dicampur dengan air panas, ia boleh mengubati cirit birit. InshaAllah.
Rasulullah SAW sendiri mengamalkan minuman madu, iaitu dengan mencampurkan madu dengan segelas air dan diminum setiap pagi semasa perut kosong. Kalau korang nak tau, madu yang paling baik adalah madu yang dikeluarkan pada musim bunga dan musim panas. Madu yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan pada musim sejuk.
Susu kambing; ada orang tak boleh nak "telan" susu kambing kan? Tapi, kalau korang nak tau, susu kambinglah adalah makanan penyembuhan terbaik untuk membina otak, saraf dan mental, sebab ia mengandungi segala mineral, vitamin, protein dan lemak (yang penting untuk pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter yang mana ia akan beri tenaga untuk otak kita). Selain itu, ia juga baik untuk hasilkan semula sel dalam badan dengan tujuan pemulihan kesihatan kita.
Ada kajian mengatakan susu kambing dapat membantu masalah asma, reumatik, demam kuning, insomnia dan menguatkan tulang. Khasiatnya dikatakan lebih baik dari susu lembu dan hampir menyamai khasiat susu ibu.
Safron; ia tergolong dalam bahan yang paling mahal di dunia sebab mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Ia digunakan untuk warna kuning kemerahannya yang terang dan bau serta rasanya yang pekat dan kuat. Kalau korang nak tau, khasiat utamanya adalah ia dapat merangsang pertumbuhan sel otak manusia dan menguatkan ingatan. Ia dikatakan baik kalau diamalkan bersama madu asli. Selain itu, ia dikatakan dapat mengubati penyakit sawan, penyakit hati, demam, mati pucuk serta melancarkan peredaran darah.
Barli; ia terkenal sebagai bahan penyejuk badan. Diceritakan Rasulullah SAW pernah memberi sup barli kepada orang yang demam. Selain itu, barli jugak dapat mengurangkan kolestrol, melawas kencing, membantu masalah sembelit dan kurangkan risiko kencing manis, tapi jangan campurkan barli dengan gula.
Barli mengandungi molibdenum, mangan, serat pemakanan dan selenium serta sumber yang baik untuk tembaga, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium dan niasin.
Delima; buah ni memang popular dalam bidang kesihatan dan kecantikan. *klik SINI dan SINI untuk baca entri mengenai buah delima. Delima mengandungi antioksidan dan mengelakkan sakit jantung dan mampu menstabilkan tekanan darah.
So, jom kita sama-sama amalkan makanan sunnah ni. Ia bukan saja baik untuk kesihatan malah ia juga merupakan makanan amalan baginda Rasulullah SAW. Semoga bermanfaat.
Sumber : Ruangan HATI, Harian Metro.
Nice sharing Cik La..
ReplyDelete