Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....

By Cikla Shahril - March 04, 2016

Dewasa ini, kebanyakan orang terutamanya pelajar dan orang yang belum berkahwin lebih suka mencari bilik sewa sebab ia lebih murah untuk menjimatkan kos. Nak nak pulak kalau tinggal di bandar bandar besar kan. Tau jelah kan dah tentu kos hidup pun agak tinggi. Itu belum lagi ditambah dengan perbelanjaan dapur dan bil bil lain. Mau garu kepala dibuatnya. Tapi, jangan risau dan gundah gulana. Kini, dengan adanya hidup.my semuanya akan memudahkan pencarian bilik sewa yang pastikan akan memenuhi citarasa kita.


"Find your room and your ideal housemate..."



Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....
Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....

Hidup.my merupakan laman web yang baru beroperasi sejak Oktober 2015. Ia dibangunkan adalah untuk membantu lebih ramai pengguna diluar sana mencari bilik untuk disewa khususnya di Lembah Klang dan sekitarnya. Seperti yang kita tau, memanglah hampir kesemua cara mencari adalah dengan menggunakan Facebook atau pun yang paling popular di Mudah.my, tetapi kedua-duanya bukanlah laman web khas untuk mencari bilik sewa. 

Mungkin kita semua tau, memang sudah ada laman web popular khas untuk mencari bilik sewa wujud, rasanya beberapa penambahanbaikan dan fungsi telah dilakukan pihak ini. Penambahbaikan fungsi seperti; Map Function (fungsi peta), Price range (kadar harga) dan Find a housemate - Contact users (nombor yang boleh dihubungi) akan lebih memberi kemudahan, perbandingan serta pilihan kepada pengguna untuk mencari dan menilai mana-mana bilik sewa yang dirasakan sesuai untuk mereka.

Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....
Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....

Kalau korang nak tau, ciri yang paling istimewa di hidup.my ini Find a housemate. Korang boleh klik di SINI untuk menggunakan kemudahan ini. Ciri ini membolehkan para pengguna mencari housemate. Selain itu, andai kata korang pun berhasrat nak menyewakan bilik or rumah korang pun boleh menggunakan kaedah ini, tak kiralah untuk potential tenant atau sebagainya. 

Dengan adanya dua pilihan yang disediakan, iaitu; People looking for a room dan People looking for a tenant dapat membantu mereka yang mungkin mencari housemate untuk penuhkan bilik/rumah sewa mereka dan bukan itu saja tau, ia juga amat berguna untuk kedua-dua belah pihak samada si penyewa ataupun si tuan rumah.

Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....
Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....

Wah, mudahkan? Semuanya dapat dilakukan dalam satu laman web, macam one stop center pulak dah kan, tak payah nak pergi dari satu laman web ke satu laman web yang lain hanya untuk menyewa atau memberi sewa. Kat sini, semuanya ada.

Tak payah nak pening-pening. Betul tak?

Macam mana nak gunakan perkhidmatan ini?Amat mudah. Hanya dengan menaip http://hidup.my, semuanya hanya dihujung jari anda.

Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....
Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....

Macam yang cikla bagitau sebelum ni, hidup.my memang sesuai untuk semua golongan tak kiranya pengguna yang masih belajar atau yang sudah berkerja.  Ini kerana, hidup.my tidak menghadkan pengguna yang mahu menggunakan khidmat mereka. Ia melibatkan kedua belah pihak, iaitu penyewa dan tuan rumah, yang melibatkan perbezaan jurang umur. Apa yang menjadi hasrat mereka adalah membantu golongan middle income dan low income, khasnya pelajar dan mereka yang baru memulakan pekerjaan.

Jangan risau, dah tentu kadar harganya berpatutan dan mampu dibiayai. Untuk pengetahuan korang, pihak hidup.my telah meletakkan kadar harga paling maksimum iaitu RM2000 (kalau ikutkan kadar itu memang dah sangat mahal, ala bilik je pun kan). Tapi, memandang zaman sekarang ni semuanya dah mahal, pada cikla dengan harga maksimum itu mungkin dapat membantu mereka menguruskan kewangan masing-masing.

Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....
Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....

Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....
Cari bilik sewa? HIDUP.MY kan ada.....

Ishhh, mana ada kena bayar. Percuma tau, free dan gratis. Walaupun ia merupakan laman web yang selalu dilayari oleh orang ramai (khasnya orang yang ingin mencari bilik sewa dan jugak tuan rumah yang ingin mengiklankan bilik/rumah mereka), ia adalah percuma. Tidak ada bayaran dikenakan. Nah, korang gunalah perkhidmatan ni sepuasnya demi mencari bilik sewa yang berkenan dihati. Hehe.

Kalau korang nak tau, laman web ni jugak bersifat mobile-friendly. Bukan apa, macam kita tengok kan, kebanyakan pengguna internet melayari internet atau membuka laman web menggunakan telefon aje. So, ini merupakan satu kelebihan yang ada sebab ia akan memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan ini tanpa sebarang masalah hanya dengan menggunakan telefon mereka. Tak payah nak muat turun aplikasi bagai. Kalau korang bukak laman web ni guna telefon, dah boleh terus guna dah.

So, apa tunggu lagi. Kepada yang masih mencari-cari bilik sewa or rumah sewa bolehlah menggunakan perkhidmatan ni. Tak lupa jugak, kepada yang mencari penyewa untuk bilik/rumah pun boleh guna jugak. Cepat, mudah dan berinfomasi. Semuanya ada di satu laman web je. Korang boleh deal/bincang terus dengan owner atau orang yang nak menyewa, sebab telah disertakan contact sekali dalam iklan tersebut. So, apa-apa hal boleh cerita.

Untuk lebih info dan mana tau korang nak cari bilik sewa kan, klik je kat SINI. Korang boleh jugak lawat laman facebook mereka, klik SINI dan laman Google+, klik SINI. Banyak info yang mungkin berguna untuk korang.

Selamat mencari bilik sewa.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments