Menegur... sebab sayang!

Ada orang tak boleh nak terima kalau orang lain tegur dia. Yang cikla nak sembang sini adalah teguran yang baik. Nak-nak pulak kalau yang menegur tu orang yang dia tak ngam. Macam-macamlah anggapan dia. Dengkilah, tak boleh tengok dia senanglah, dan iri hati. Aisehhh.

Susah jugak berhadapan dengan orang macam ni. Nanti tak ditegur makin parah pulak. Tegur salah tak tegur salah. Semua jadi serba salah kan.

Bagi cikla, nak menegur pun mesti ada kekdahnya jugak. Bak kata orang tegur secara berhikmah. Jangan main hentam sajalah labu. Bahasa teguran itu sangat penting. 

Bukan apa, kalau bahasa yang kita gunakan tu lembut, tak kasar, penuh hormat, dia yang mendengarnya pun takdelah nak shock atau sakit hati. Mungkin, mula-mula dia tak boleh nak terima, tapi lama-lama? Tak mustahil dia boleh terima dan berubah. 

Macam pepatah orang tua, umpama kerak nasi, direndam dengan air lama lama lembut jugak. Betul tak?

Menegur... sebab sayang!
Menegur... sebab sayang! Image credited to Facebook.  

Kan elok sebab masih ada lagi yang sudi tegur kita, bayangkan kalau takde siapa yang sudi tegur kita. Rasa macam diri kita takde orang yang peduli dan sayang kan? Memang sedih. 

Itu sebab kalau ada yang sudi tegur kesalahan kita, jangan cepat melenting. Fikir dengan tenang dan waras apakah yang kita buat tu betul atau salah. 

Orang yang tak suka terima teguran orang adalah orang yang sombong. Lagi teruk kalau dicop sebagai 'bodoh sombong'.

Pesan cikla, terimalah teguran dengan hati terbuka dan tenang. Jangan marah-marah sebaliknya fikir positif, sebab takde manusia yang sempurna kat dunia ni. 

Kita sebenarnya memang saling memerlukan, *mana ada manusia yang boleh hidup sorang-sorang. Perlu saling ingat mengingati dan bertolak ansur. Barulah kehidupan kita akan sentiasa gembira dan tenang.

Jiwa tenang, hidup senang.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews