Sayang anak tangan-tangankan.

By Cikla Shahril - March 02, 2016

Cikla selalu dengar orang cakap, sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan. Ehh, betul ke perumpamaan tu? Tengok macam kejam je kan. Kita tak nak cerita bab isteri, kita nak cerita bab anak ni. 

Bagi cikla, dalam kita menyayangi anak, seharusnya berpada-pada. Tak perlulah berlebihan. Kenapa pulak tak boleh ye?

Sebenarnya semua itu ada sebabnya. Memanglah kalau kita yang sayangkan anak kita, kalau boleh semua yang si anak nak kita nak penuhi. Nak-nak pulak kalau anak tunggal, anak satu-satunya. Contohnya, macam cerita Anakku Sazali tu.

Dalam cerita tu, si Sazali ditatang bagai minyak yang penuh oleh bapaknya. Apa yang dia nak semua dipenuhi. Tapi, tengok apa kesudahannya? Akhirnya si Sazali tu bersikap kurang ajar dan menjadi budak yang 'gagal'.

Sayang anak tangan-tangankan.
Sayang anak tangan-tangankan. SumberGoogle.

Zaman sekarang ni, tak mustahil ada mak pak yang bersikap macam bapak si Sazali tu. Terlalu memberi muka kepada anak, takut di kemudian hari nanti anak itu akan amik kesempatan. 

Orang kata pijak semut pun tak mati. Depan mak pak dia, punyalah sopan baik budi pekerti taat, tapi bila di belakang? Wah, dialah taiko. Nauzubillah.

Orang cakap hal seperti ni berlaku dalam keluarga kaya atau pasangan yang mempunyai anak tunggal. Tapi, bagi cikla tak jugak. Kadang-kadang dalam keluarga yang bukan kaya pun ada berlaku hal sebegini, mungkin disebabkan hal hal tertentu.

"Anak perlu diajar bersifat keras dan tegas. Jauhilah kamu bersikap memanjakan dan memberikan pakaian orang asing (pakaian mewah). Sebaliknya, hendaklah kamu membiasakannya dengan kesusahan." (Sayidina Umar al-Khattab).

Cuba tengok sekarang ni, banyak di laman sosial yang mendedahkan ibu bapa yang menyerang cikgu dek kerana aduan yang dibuat oleh si anak. Entah betul entah tidak apa yang dikatakan si anak, mak paknya patut siasat dulu sebelum bertindak.

Rasanya cabaran cikgu sekarang pun lebih extreme dari cikgu dulu. Mak pak pulak, lebih 'brutal' dari si anak. Adusss, kalau begini gayanya, macam manalah si cikgu nak didik anaknya. 

Tegur sikit pun dikatakan menengking itu belum lagi kalau anaknya kena denda. Mau runtuh sekolah tu dibuatnya agaknya sebab amukan mak pak anak tu. Huhu.

Ada banyak kesan negatif yang boleh timbul kalau mak pak terlalu 'memanjakan' anak mereka, iaitu;

  1. Si anak tak akan rasa bersalah kalau dia buat silap. Bukan apa, kalau dia buat silap buat dia fikir, "Alah, mak bapak aku ada. Apa-apa hal boleh backing aku. Diaorang kan percaya dan sayang aku. Apadehal." Adusss, kalau si anak sampai dah fikir macam ni. Susahlah.
  2. Si anak akan bersikap pentingkan diri dan ego/sombong kepada orang lain. Nak-nak pulak dia anak orang ada-ada. Wah-wah, suka-suka buli orang. Kenakan orang, eksen tak kena tempat.
  3. Mereka tak boleh nak independent. Hidupnya asyik nak bergantung dengan orang. Sikit-sikit mintak orang buatkan, sikit-sikit mintak orang temankan. Susahlah nanti bila dia besar kelak.
  4. Waduh waduh, ni lagi bahaya. Tak mustahil si anak akan cakap bohong sebab nak elakkan dirinya dimarahi kalau buat silap. Lepas tu, mak paknya percaya lonjong-lonjong. 
  5. Lepas tu suka mengampu supaya semua sikapnya disenangi. Pandai amik hati, tapi tak kena tempat. Ada maksud tersirat. Adusss macam-macam.

Cikla takdelah nak cakap cikla ni perfect dalam mendidik anak-anak cikla, tapi kadang-kadang pasti ada kelemahan cikla yang cikla tak sedar. 

Memang cikla ni jenis yang tak sampai hati, nak-nak kalau anak merengek nakkan apa-apa, memula larang atau marah, last-last belikan jugak sebab tak sampai hati.

Tapi, tak semua kemahuan anak cikla ikut. Pernah jugak cikla cakap tidak. Dalam hal ni kita sebagai mak lak kena tegas. Tegas bukan sebab tak sayang, tapi demi kebaikan anak di kemudian hari nanti.

So, kalau kita nak anak kita berjiwa lasak, berani hadapi situasi dan tak mudah putus asa berhenti memanjakan mereka. Mak pak kena BERANI KATA TIDAK pada anak mereka kalau permintaan mereka tu tak sesuai atau boleh melalaikan.

Bak kata pepatah; melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada kita khasnya ibu bapa dalan mendidik anak-anak kita. 

InshaAllah, tindakan awal pasti menberikan "hasil" yang tak ternilai. Harap-harap takde lagilah si tanggang moden wujud di masa akan datang.

Sumber : Ruangan KELUARGA SYURGA, ADDIN, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments