'Santai Tapi Sampai'

29 March 2016

Ukur baju di badan sendiri.

Rasanya sana sini sibuk bercerita pasal viral keluarga pengantin bergaduh dalam masjid disebabkan duit hantaran tak cukup. Ermm... Benda kalau dah viral, cepat aje tersebarnya. Satu Malaysia tau dah. Dalam paper Kosmo! pun dah keluar cerita ni.

Ukur baju di badan sendiri.
Ukur baju di badan sendiri. Macam macam hal.  -  Image credited to Kosmo! · 

Pada pendapat cikla, ada dua hal yang cikla rasa memang memalukan, iaitu bergaduh di dalam masjid dan bergaduh sebab duit. 

Macam-macam hal. Cikla ada tengok jugak video pergaduhan tu *kawan dalam group Whatsapp hantar memang kecoh jugaklah waktu tu. Masing-masing time tu nampaknya memang dah naik angin. 

Isu pasal duit hantaran sepatutnya kedua-dua belah pihak boleh je kot berbincang dengan lebih matang. Bukan bergaduh macam tu. Dah macam budak-budak dah. Berkelahi. Orang yang tak tau dah jadi tau.

Sebenarnya perkara ni boleh dibawak berbincang, orang cakap settle belakang. Kan dah malu. 

Memanglah orang cakap zaman sekarang kalau nak kawin perlu belanja besar, tapi yang pihak perempuan pun kalau nak letak hantaran pun tengoklah macam mana kedudukan kewangan bakal menantu tu.

Kalau dah orang tu kerja security *tau jelah gaji security banyak mana kan janganlah kau letak hantaran tinggi tinggi. Kesianlah sikit kat kawan tu. 

Mana nak sediakan hantaran lagi, nak buat belanja kenduri belah dia lagi. Dah kan macam membebankan. Orang kata, kalau orang nak bina masjid permudahkan. 

Jangan menyusahkan. Tak kan nak berhutang berbaris sebab nak memenuhi kehendak pihak belah sana. 

Nanti bak dialog dalam cerita P.Ramlee, "Anak dah enam, tapi hutang dengan benggali tak habis-habis." huhu.

Ukur baju di badan sendiri.
Image credited to facebook.com. 

Kita sebagai orang luar memanglah tak tau cerita sebenarnya kan tapi, apa yang berlaku sepatutnya tak patut berlaku. Kan dah malu semua, siap viral kat media sosial masuk paper lagi.

Majlis kawin seharusnya jadi satu moment indah untuk kedua dua belah pihak, tapi ini tak macam dah jadi peristiwa pahit pulak. Isu pasal bergaduh dalam kawasan masjid pulak, bagi cikla memang hal ni tak patut berlaku. Masjid adalah rumah Allah, tempat orang Islam beribadat. 

Sepatutnya, kita kena hormat, tak kira dalam apa jua keadaan pun. Bangsa lain perati je tau. Ni memang tak boleh dijadikan contoh. Memang memalukan. So sad. Cikla harap kejadian macam ni tak kan berulang dan jadi tauladan pada yang lain.

Walaupun kita tak tau siapa yang betul siapa yang salah, tapi apa yang dilakukan tak patut berlaku. Mungkin ada hikmah, tapi hal sebegini memang memalukan, nak nak pulak ia berlaku dalam masyarakat Melayu Islam. Bak kata pepatah, "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. "

Cikla nak minta maaf kalau komen cikla pasal hal ni ada yang rasa tersinggung. Apa yang penting berbaliklah kepada Allah sebab hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

12 comments:

  1. setuju sangat moment yang indah akhirnya menjadi pahit..dah dewasa boleh fikir dan bincangkan dari awal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Patutnya nak happy happy. Tp mcm ni pulak jadinya...

      Delete
  2. betul tu cikla..tengok kemampuan kedua-dua, kena lah sepkat nak kawen pun berdua kan.. kerna nila setitik habis semua baju...
    dah takde jodoh..harap mnjadi iktibar buat kita smua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Pasti ada hikmah di sebalik semua ni. Dh xde jodoh...

      Delete
  3. Betul la.. Cik ina ada juga terbaca.. malu org kita jer..
    Cik ina datang jenguk...

    ReplyDelete
  4. Saya baca dekat amazingnara.com dengar kata pihak laki mintak hantaran RM7,500 tapi pihak perempuan nak jugak RM15,000. Hai laaaaa, macam-macam sekarang. Kan? Ukur baju di badan sendiri jela. Dah tertulis bukan jodoh diorang sebenarnya. Nauzubillahiminzalik. Tengok juga video tu, yang tak boleh blah pengantin perempuan pun sama naik tocang belasah makcik. Sabaaaar jela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Nk komen lebih2 pun kita tak tau cerita sebenar. Jadikan pengajaran ajelah utk kita...

      Delete
  5. Kita tak tahu hal sebenar..Kita tidak berada di tempat kejadian.
    Tak payah nak spekulasi lebih-lebih

    ReplyDelete
  6. Kita tak tahu hal sebenar..Kita tidak berada di tempat kejadian.
    Tak payah nak spekulasi lebih-lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kalau entri ni menyinggung mana2 pihka. Itu cuma pandangan. Tp tmpt berlakunya pertelingkahan ni tak sesuai kot. Kenalah hormat tmpt ibadah. Kalaupun ada yg tak puas hati, bincang elok2.. Masing masing dah 'dewasa' kot. Btw, bg cikla org yg amik video kejadian tu dan viralkan tu patut dipersalahkan.. Kalau x org tak tau pun kan. Wallahualam...

      Delete