Wah, kuasa ciuman untuk si kecil?

Ibubapa sememangnya digalakkan mencium baby mereka. Sebab apa? Sebab, kalau korang nak tau ciuman ni memang banyak manfaatnya pada si kecil. Jangan ingat cium isteri atau suami je ada manfaat, cium anak pun ada kebaikannya tau. 

Ciuman bukan saja tanda sayang dan kasih si ibu atau bapa pada anaknya, tapi jangan tak percaya cium jugak dapat menghindarkan si kecil kita dari penyakit, sebab ia dikatakan dapat meningkatkan kadar imunisasi pada tubuh anak kita.

Sebenarnya, bila si ibu mencium baby nya, hal ni secara tak langsung si ibu berupaya sebarkan sejenis bakteria baik tertentu pada baby. Bakteria ni dikatakan dapat bantu tingkatkan imunisasi tubuh baby supaya dapat mengelakkan diri dari penyakit seperti selsema. 

Selain itu, pelukan ibu jugak dikatakan dapat memberikan peningkatan terhadap pemulihan penyakit. Peluklah si kecil anda seerat mungkin, lagi bagus tau. Lagipun, bayi yang selalu dipeluk dan dicium oleh ibunya akan alami kadar mm jantung yang lebih cepat, so oksigen dalam darah akan bertambah dan si kecil akan cepat alami proses kesembuhan kalau dia sakit.

Wah, kuasa ciuman untuk si kecil?
Wah, kuasa ciuman untuk si kecil? Kredit Google. 

"Ciuman membuatkan si kecil rasa dikasihi." Ya, betul tu. Ciuman akan membina emosi positif si kecil anda sejak dari dia kecik sampailah besar. Tengoklah nanti, bila dia dah besar, mesti nak minta cium jugak. Hehe. Manja jadinya. 

Selain tu, dia akan rasa dirinya disayangi dan ini akan menjadikan dia mudah membentuk jati diri dan keperibadiannya, sebab dia mudah dengar nasihat dan menerimanya dengan hati terbuka. 

Tambahan pula, kuasa ciuman menjadikan si kecil kita mudah dengar cakap dan lebih berdisiplin. InshaAllah. Tak percaya? Cubalah.

Pada cikla, cikla memang setuju dengan apa yang dibincangkan di atas. Macam anak cikla, kalau si kecik cikla tu tengah nangis, dia mesti datang kat cikla konon-konon nak mengadulah tu. Menangis memang kuat. Tak ingat punya jerit, hehe. 

Tapi, bila cikla dukung dia *tujuan memujuk dan cium dia, automatik tangisannya makin reda dan akhirnya diam.  Begitulah kuasa ciuman pada si kecil kita.

Sumber : Ruangan Catatan Ibu Muda.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews