Breaking

14 March 2018

Jom kenali 12 jenis berus solekan yang mampu memberi kesan yang cantik pada wajah.

Jom kenali 12 jenis berus solekan yang mampu memberi kesan yang cantik dan sempurna pada wajah. | Assalamualaikum wbt. Bagi mereka yang suka bersolek, memiliki berus solekan ada benda yang mesti ada dalam koleksi barang-barang solekan mereka. Ini kerana, penggunaan berus solekan adalah penting untuk memberi kesan yabg lebih cantik dan sempurna pada wajah kita selepas selesai bersolek.

Walau bagaimanapun, di luar sana terlalu banyak jenis berus solekan yang dijual dan keadaan ini kadangkala menjadikan kita rasa confuse nak pilih berus solekan yang sesuai dengan fungsinya. So, cikla nak share dengan korang khasnya untuk mereka yang gemar bersolek tip untuk memilih berus solekan yang bersesuaian.

12 jenis berus solekan yang mampu memberi kesan yang cantik dan sempurna pada wajah.

Berikut merupakan 12 jenis berus solekan termasuklah fungsi dan cara menggunakannya.

Jom kenali 12 jenis berus solekan yang mampu memberi kesan yang cantik pada wajah.


Berus bibir yang digunakan untuk menyapu lipstick. Berus bibir ini biasanya berbentuk kecil dan ia digunakan untuk mendapatkan garisan bibir yang sekata dan sempurna, di samping ia akan memberikan kemasan. Ini kerana, berus bibir mempunyai bulu yang pendek dan padat yang membuatkan ia mampu mencecah bahagian tepi bibir.

Sikat dan berus kening, yang mana ia digunakan untuk merapikan kening dan bulu mata. Rekabentuk berus ini adalah sebelah bahagiannya adalah sikat dan bahagian yang satu lagi adalah berus. Korang boleh menggunakan kedua-dua bahagian untuk merata dan membentuk kening. Selain itu, bahagian sikat boleh digunakan untuk bulu mata jugak.

Berus kening condong, berfungsi sebagai penggaris kening jenis serbuk, cecair atau krim. Untuk pengetahuan korang, berus sebegini boleh digunakan untuk menghasilkan garis kening yang cantik dan simetri. Bahaguan buku yang pendek digunakan semasa menyapu solekan pada kawasan yang jarang untuk membentuk kening.

Berus penggaris mata halus, digunakan untuk gel penggaris mata, pensel penggaris mata, cecair penggaris mata dan pembayang mata. Hujung halus yang terdapat pada berus jenis ini mampu memberikan garisan yang sempurna.

Berus adunan pembayang mata, iaitu untuk mengadun pembayang mata dan menyerlahkan tulang kening. Kalau korang nak tau, berus ini padat dengan bulu yang mana ia sesuai untuk menyapu pembayang mata di sepanjang kelopak mata dan kening.

Berus pembayang mata bersudut, digunakan untuk pembayang mata. Berus ini dapat membantu korang membentuk smokey eye. Apa yang korang kena buat adalah, korang hanya perlu mengikut sudut kelopak mata dan sapu secara berulang untuk mengadun warna. Selain itu, berus sebegini jugak boleh digunakan untuk menggariskan bahagian bawah garus mata dengan menggunakan pembayang mata.

Jom kenali 12 jenis berus solekan yang mampu memberi kesan yang cantik pada wajah.
Jom kenali 12 jenis berus solekan yang mampu memberi kesan yang cantik pada wajah. Sumber TipsForHer.com

Berus pembayang bulat, iaitu ia digunakan untuk pembayang mata. Berus sebegini mempunyai bulu yang pendek dengan permukaan besar dan rata. Ia sesuai untuk aplikasi lembut pada keseluruhan kelopak mata. Selain ia mempunyai saiz yang berbeza, ia juga sepatutnya lembut. So, sebelum korang membelinya korang patut mencuba dulu...

Berus bersudut, yang digunakan untu pemerah pipi dan membentuk kontur pipi. Korang hanya perlu mengoles berus ke muka korang dan membuang lebihan bedak di muka. Kelebihan bentuknya yang bersudut itu mampu memberikan kontur yang tepat untuk muka korang.

Berus kipas, ia berfungsi untuk bedak tabur dan membersihkan lebihan bedak. Sesuai dengan namanya, berus ni berbentuk kipasy yang digunakan dengan bedak tabur. Struktur bulunya yang lembut dan panjang menyapu lebihan bedak dan memberikan kemasan lengkap. Selain itu, ia jugak digunakan untuk menyapu lebihan bedak di muka dengan mudah.

Berus concealer rata, yang berfungsi untuk menghilangkan cela. Keadaan hujungnya yang rata akan memudahkan solekan diadun sekaligus memberikan kesan penyapuan yang lebih sekata. Ia bagus kalau nak menggunakan pengawal noda lebih tebal.

Berus bedak, sesuai dengan namanya ia berfungsi untuk bedak tabur dan bedak padat. Bentuknya yang besar dan lembut menjadikan bedak mudah terkumpul dengan cara korang mengetuk lebihan bedak sebelum menggunakannya dengan gerakan menyapu ke seluruh muka korang.

Berus bulat bedak asas, digunakan untuk bedak asas dan cecair. Ia berbentuk bulat seperti kubah menjadikan ia padat dan boleh menyerap bedak dengan dengan sapuan rata. Berud disapu pada bedak asas dan tekan dengan gerakan menggolek pada kulit muka untuk meratakannya. Selain itu, gunakan berus ni untuk meratakan bedak asas jenis cecair dalam gerakan membulat.

Semoga perkongsian ni memberi sedikit ilmu dan info untuk korang yang memerlukannya.

Kredit : Harian Metro.

3 comments:

  1. patutlah orang perempuan bila bersiap lama
    berus solek je dah ada sampai 12 jenis
    hehehe

    ReplyDelete
  2. Ika kalau malas. 1 berus guna untuk semua hehe. Malas betul nak tukar tukar. leceh hehe. Kadang guna jari je hehe
    Blog updated.https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/bersyukurkah-kita.html

    ReplyDelete
  3. tq for sharing.rabia ada dh brush..tapi x sampai 12 brush lagi lah.nk beli lagi ni

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.