Breaking

23 January 2018

My short vacation is begin. Just relax and chill bebeh!

My short vacation is begin. Just relax and chill bebeh! | Assalamualaikum wbt. Korang jangan salah sangka pulak bila tengok tajuk kat atas tu. Manalah tau kan nanti korang fikir cikla pergi bercuti ke mana-mana pulak. Takde maknanya, haha. Ni haa, ada terconggok dalam bilik kuarantin. Kihkihkih.... 

Pada yang mengikuti kisah cikla si pesakit tiroid ni dari awal, sebelum ni cikla ada share dengan korang kan yang cikla kena minum iodin untuk rawatan RAI kali kedua. Tapi, kali ni dos rendah je, 10 mci je tadi siang cikla minum. Dah selamat dah masuk dalam perut cikla, hehe. So, kalau dos rendah, kuarantin kat rumah je. Kalau dos tinggi, almost 80 mci ke atas baru admit ward

Sebenarnya, mana-mana kuarantin pun sama je. Tempoh kuarantin tetap 8 hari juga dan cara penjagaan 'keselamatan' selepas minum pun sama je tak kiralah dos rendah ke tinggi. Maklumlah, bahan beradiasi kan, kenalah jaga betul-betul. Kesian dekat orang sihat yang ada di sekeliling cikla. Tak pasal-pasal terganggu pulak kelenjar tiroid mereka. 

My short vacation is begin. Just relax and chill bebeh

My short vacation is begin. Just relax and chill bebeh!
My short vacation is begin. Just relax and chill bebeh! Sumber Google.

So, bila dah kena 'kurung' ni apa lagi nak buat. Duduk ajelah diam-diam, buat apa yang patut. Bak kata, kak yong (senior group TDA), masa untuk kumpul pahala banyak-banyak. Rest banyak-banyak. Santai-santai gitu... Tapi, time inilah jugak nak up entri banyak-banyakkan sebab 'banyak' masa terluang.  Hehe... 

So... Just relax and chill bebeh

7 comments:

  1. rest banyak2 cikla! Tak sabar nak tunggu entri-entri baru nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Hanna.. insha Allah. mmg byk sgt yg cikla nk share ni..

      Delete
  2. ouhh baru tahu.. tak pernah baca lagi psl pesaki tiroid yg amik ubat kne kuarantin... pdahal cikyan dlu blaja nursing kot... aduhh byk lg tak tau rupanya.. semoa cikla diberi kekuatan dan kesabaran.. semoga ceria dan sihat2 selalu tau !

    ReplyDelete
  3. selamat beristirehat. get well soon cikla!

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.