Korang pernah tau atau tengok tak silica gel ni macam? Seriously, sebelum cikla tau pasal ni memang cikla pernah jumpa je pek yang tertulis silica gel dalam kotak kasut yang cikla beli. Dan, bila cikla jumpa memang cikla buang je sebab takut budak-budak buka pek tu dan makan. Adoiii, masalah pulak nanti kan. Tak pasal-pasal!
Sebenarnya, pek silica yang disertakan itu ada gunanya. Diaorang bukan saja-saja letak benda tu tanpa fungsi. Haha. Kalau korang nak tau, silica gel mengandungi bahan seperti silicon dioxide, yang mana ia bertindak sebagai pengering atau bahan yang menyerap kelembapan.
Kalau dah sifatnya menyerap kelembapan, sudah tentu ia berfungsi sebab 'agen penyelamat' untuk mengelakkan barang menjadi busuk, berbau atau rosak. Ohhh, itu fungsinya ye!
Tapi, walaupun dekat pek silica gel tulis tu tulis THROW AWAY sebenarnya ia masih boleh dimanfaatkan tau. Kita boleh menggunakannya untuk tujuan lain. Wah, macam menarik je. Nak tau? Jom baca sampai habis.
Silica Gel? Ada gunanya ke? Perkongsian ni sebenarnya menarik sangat, sebab memang sebelum ni tak tau pun silica gel ni ada fungsi lain.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Silica Gel? Ada gunanya ke? |
Antara fungsinya adalah :
Silica gel dikatakan dapat membantu barang perhiasan sentiasa berkilat dan nampak baru. Caranya, korang just letak silica gel ni dalam kotak barang perhiasan korang.
Apa yang paling bagus, kotak perhiasan korang tu adalah dari jenis fabrik supaya ia dapat mengelakkan kelembapan yang boleh membuatkan barang kemas jadi pudar dan tak shining.
Macam yang kita tau, silica gel membantu menyerap kelembapan, so sudah tentu ia juga berfungsi menghilangkan bau busuk pada beg sukan korang. Betul tak?
Biasalah kan, kadang-kadang dalam beg sukan tu segala macam benda kita letak. Dengan baju kotor berpeluh tu. Itu belum lagi stoking busuk. Haha. Baunya, masyaAllah. Faham-faham ajelah kan. Dengan silica gel inilah kita boleh hilangkan bau yang tak menyenangkan ni.
At least, kurangkan bau kan!
Silica Gel? Ada gunanya ke? Kredit Google. |
Mengeringkan handphone? Bila baca macam tak percaya kan. Jangan. Jangan tak percaya dulu. Cuba korang masukkan silica Gel dan handphone korang dalam plastik kedap udara (zip lock).
Kemudian, korang biarkan selama 5 hingga 6 hari. Lihat hasilnya selepas itu, mesti korang tak percaya!
Ada satu lagi kelebihan silica gel ini yang mungkin korang tak percaya, iaitu membantu mengekalkan ketahanan baju-baju yang korang jarang guna.
Caranya, adalah meletakkan sekali silika gel ketika menyimpan baju-baju tersebut. Baju-baju seperti jaket, baju sejuk akan lebih tahan lama dan bau seperti baju baru bila diletakkan silica gel ini.
Wah, biar betul!
Selain itu, silica gel boleh membantu membrri kesegaran kepada bilik. Emm, caranya adalah hanya perlu keluarkan biji-bijian silica gel daripada peket ke dalam bekas dan titiskan pati minyak essential kegemaran korang seperti ros, lavender, lemon dan sebagainya. Hasilnya, bilik akan berbau harum dan lebih segar.
Silica Gel? Ada gunanya ke? Kredit Google. |
Akan tetapi, cikla ada terbaca yang silica gel boleh menjadi bahaya terutamanya kepada kanak-kanak bila silica gel yang terkeluar dari peketnya dan terkena mata. Mata kanak-kanak malang tersebut menjadi bengkak, kemudian putih lalu menjadi buta. Kena lebih berhati-hati!
Kalau korang nak tau lagi, silica gel pulak ada banyak warnanya. Yang biasa kita tengok tu warna putih kan!
Kredit Group Telegram PetuaDanKesihatan.
Mrs. A memang tahu dah gunanya menyerap lembabpan dan selalu kalau beli handbag memang tak buang biar je. Tapi yang titiskan dengan pewangi biar udara bilik wangi baru tahu ni
ReplyDeleteaida memang letakkan silica gel ni dlm almari baju, kotak kasut baru, kotak handbag.
ReplyDeletedulu kala pernah terbaca kegunaan nya.
itu yg kalu beli brg, memang tak buang gel ni, cikla.
wahhh tak tahu pulak tips segarkan bilik tu. Selalunya buang je silica gel ni
ReplyDeleteKalau aku biasanya silica gel untuk tas mamahku, karena kalau pakai gel katanya bisa menjaga tas dari jamur. Dan silica gel juga berfungsi untuk sebagai pengawet yang ada di Obat obatan atau Vitamin, dan juga dijadikan sebagai pengawet barang barang kesayangan bisa pakai silica gel
ReplyDelete