'Santai Tapi Sampai'

29 October 2018

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!

Ini kisah pagi tadi sebenarnya. Hari ni, rasa rajin lain macam pulak. Terlebih rajin haha. Lagipun, dah lama dah cikla 'niat' nak try buat sendiri kuih Vadai ni. So, memang gigihlah juga buat. Encik suami siap cakap, 'menjadi ke tu? Kalau jadi je tapi keras nak buat apa, huhu'. Amboi, belum cuba belum tau. Kita try dulu, baru tau. Haha. Bukan apa, pertama kali makan kuih ini (beli je) memang terus tersuka. Kebetulan, encik suami pun suka. Emm, tersama pulak kesukaan kami kan. Hehe.

So, disebabkan kuih Vadai ni telah menjadi kesukaan kami berdua, adakah baiknya kalau saya buat sendiri kan. Lagipun, lagi puas makannya. Sejak itulah, bermula misi mencari resepi kuih Vadai ni. Cikla tanya mak cikla, dia cakap dia tak pernah buat so tak tau macam mana nak buat. 

Apa lagi, mengGooglelah jawabnya. Haha! Rata-rata resepi yang cikla jumpa memang sama je bahan dan tekniknya. So, cikla ambil je resepi dari blog masakan popular FIZA LGK. Rupanya, memang senang nak buat kuih Vadai ni.

Oh ye, untuk pengetahuan korang kuih Vadai ni adalah kuih tradisi orang India. Tapi, dah kita orang Malaysia yang berbilang kaum. So, ada di antara masakan dari bangsa lain digemari oleh bangsa yang satu lagi. Kita bertukar-tukar menu kan. Muhibah gitu! So, pada korang yang mungkin tak pernah buat kuih Vadai ni sendiri dan nak mencubanya, meh baca ni cikla nak share resepi kuih Vadai paling senang nak buat.

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! 


Jom check bahan-bahannya dulu. 

Bahan-bahannya :

400 gm atau 1 3/4 cawan kacang Dhal (Cikla guna sukatan mug tu).
3 tangkai tangkai cili kering (buang biji lepas tu hiris halus).
2 tangkai daun kari (hiris).
1 labu bawang besar (potong dadu/cincang). 
1 biji cili merah (buang biji lepas tu potong dadu). 
2 sudu kecil jintan manis. 
Garam secukupnya dan minyak untuk menggoreng. 

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! Bahan dicampur dan digaul rata sebelum dibentuk. 

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! Kuih Vadai yang siap dibentuk. 

Caranya :
  1. Rendam kacang dhal paling kurang 4-5 jam. Tapi, cikla rendam semalaman. 
  2. Selepas itu, toskan kacang Dhal sehingga kering dan blend kacang Dhal tersebut menggunakan blender kering. Tak payah blend halus sangat. Kasar-kasar pin ok. Oh ye, tinggal sedikit kacang Dhal yang tak dikisar. Agak-agak dalam 2 hingga 3 sudu besar gitu. Tapi, kalau korang nak kisar semua kacang Dhal pun boleh juga. Lembut semua kan... 
  3. Dalam bekas yang sesuai, satu kan kesemua bahan tadi termasuk kacang Dhal yang telah dikisar dengan yang tak dikisar. Gaul rata.
  4. Bentukkan adunan tadi dalam bentuk leper. Pastikan korang menggunakan alas plastik dan sedikit minyak semasa membentuk adunan untuk mengelak ia melekat di tangan. 
  5. Susun hasil adunan yang telah siap dibentuk di atas dulang. Kemudian, goreng ia menggunakan api sederhana besar sehingga kekuningan. 
  6. Angkat kuih Vadai yang telah masak dan toskan minyak. Sedia dinikmati.

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! 

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! 

Senang je kan. Ye, memang senang. Cikla gerenti korang pun boleh membuatnya sendiri. Sedap pun sedap tau! Untuk sukatan cikla ni akan dapat dalam 23 ketul kuih Vadai. Tapi, ia bergantung kepada bentuk yang korang buat. Kalau korang bentuk kecil-kecil, dapat lagi banyaklah.

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! 

Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap!
Pertama kali buat kuih Vadai. Alhamdullilah, menjadi. Lembut dan sedap! 

Alhamdullilah, cubaan pertama menjadi. Encik suami pun cakap sedap dan lembut. Yeayyy! Kuih Vadai ni juga memang sedap dimakan ketika ia masih panas. Yummy!

Mission complete! 

10 comments:

  1. vadai ni favourite saya ni, terima kasih cik la share resepi

    ReplyDelete
  2. sedapnya. Mia pon suka makan kuih ni. Memang selalu beli. Dulu pernah buat sekali jek, tapi bila goreng tu dia berderai jadinya. haha. Maybe tak berapa nak halus kot time blend tu. huhu

    ReplyDelete
  3. eh eh...sedapnyer...nak buat sendiri tapi malas hehe

    ReplyDelete
  4. selalu beli dekat pasar malam. mmg sedap

    ReplyDelete
  5. selalu pegi pasar malam cari jugak yang ni. Lepas jumpa rambut sekali dalam vadai tu, terus tak beli. Thanks Cik La share resepi. Nak try la jugak. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAKAKAKAKAKA RAMBUT INDIA MANA TU YEKKK

      Delete
  6. kuih kesukaan sha ini.. Tapi kalau beli memang susah nak jumpa yang sedap..

    ReplyDelete
  7. yENNADEYYYY SEDAP AMMA APPA KADAWALEYYY!!!!

    ReplyDelete
  8. Sy slalu buat. Sy guna air fryer. Tp sbelom tu bentukkam dulu dlm kuali x melekat. Pastu baru susun dlm air fryer n spray dgn minyak masak hingga rata. Selain kurang minyak..rasa x lari pon dari menggoreng secara konvesyenal. Smt mencuba.

    ReplyDelete