'Santai Tapi Sampai'

29 October 2018

Frust? Puas berdiet tapi tak kurus-kurus? Meh cuba tip ini pula!

Cikla agak masalah kurus ni boleh menjadi masalah sepanjang zaman. Haha. Mana taknya. Ada orang begitu risau kalau berat badannya naik. Nak-nak pula kalau jenis yang beratnya senang naik. Makan sikit, tapi MasyaAllah berat mencanak naik. Lepas tu, puas jugalah mencuba petua kuruskan badan, turunkan berat badan. Pantang dengar atau baca petua pasal ni semua dicubanya.

Bagi cikla, kita memang perlu mengawal berat badan sebab ia bukan hanya untuk nampak cantik tapi lebih kepada faktor kesihatan. Maklumlah, penyakit itu mungkin berpunca dari berat badan yang tak terkawal. 

Mungkin ada sesetengahnya yang suka mengambil supplement untuk turunkan berat badan, walaupun sebenarnya ia tak digalakkan. Bukan apa, nanti takut kita terlalu bergantung kepada supplement tersebut. 

Kalau ambil, berat ok. Kalau stop, mulalah berat naik balik. Ia tidak natural. Itu belum lagi kesan sampingan yang mungkin wujud di kemudian hari.

Niat asal nak elak penyakit, tup-tup dapat penyakit lain pulak. Bak kata pepatah, keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Huhu. So, ada tip yang lebih bagus untuk kita menurunkan berat badan. 

Cikla akui, walaupun tip ini mungkin lambat menampakkan kesannya, tapi sekurang-kurangnya ia lebih sihat dan selamat.

Frust? Puas berdiet tapi tak kurus-kurus? Meh cuba tip ini pula!
Gambar diubahsuai dari carian Google. Frust? Puas berdiet tapi tak kurus-kurus? Meh cuba tip ini pula!

Berikut merupakan tip untuk mengurangkan berat badan lebih cepat dan sihat, InshaAllah :

Mengambil menu sarapan yang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Kalau korang nak tau, dengan mengambil makanan sebegini, ia akan mengurangkan keinginan korang untuk mengambil makan yang berlebihan termasuklah pengambilan kalori sepanjang hari.

Apa yang paling bagus, elakkan mengambil minuman manis dan jus buah-buahan terutama yang di dalam kotak. Memang tinggi kandungan gulanya. Jus yang dibuat sendiri lebih bagus sebab kita boleh kawal penggunaan gula.

Meminum air setengah jam sebelum makan. Untuk pengetahuan korang, ada satu kajian yang menunjukkan bahawa dengan minum air setengah jam sebelum makan akan meningkatkan pengurangan berat badan sebanyak 44% sepanjang 3 Bulan. 

Wow, agak banyak juga tu kan?

Sebaiknya, pilih makanan bersifat 'friendly-weight loss'. Makanan tertentu adalah amat berguna untuk kehilangan lemak.

Frust? Puas berdiet tapi tak kurus-kurus? Meh cuba tip ini pula!
Frust? Puas berdiet tapi tak kurus-kurus? Meh cuba tip ini pula! Kredit Google. 

Mengambil makanan fiber serat larut. Ada kajian menunjukkan bahawa serat larut boleh mengurangkan lemak, terutama di kawasan perut. Contoh, makanan tambahan serat adalah seperti Glucomannan juga boleh membantu.

Mengambil minuman kopi atau teh. Kalau korang memang seorang pengemar kopi atau peminum teh, memang sukalah kan. Kalau korang nak tau, kafein yang terkandung di dalam kopi dan teh boleh meningkatkan metabolisme badan kita sehingga 3 - 11%. Wah, boleh tahan banyak gak tu!

Semasa makan, makanlah dengan perlahan-lahan. Selain ia adalah sunnah yang boleh diamalkan, kalau korang nak tau dengan makan perlahan-lahan akan  membuatkan korang lebih merasa kenyang. 

Semasa makan juga, gunakan pinggan yang lebih kecil. Ada kajian mengatakan bahawa bila kita menggunakan pinggan yang lebih kecil saiznya, secara automatik korang akan kurang makan. 

Tak percaya? Cubalah!

Pastikan korang mendapatkan tidur yang nyenyak dan lena setiap malam. Ini kerana, kalau korang kurang tidur ia menjadi salah satu penyebab utama kepada penambahan berat badan. So, 'jagalah' waktu tidur korang.

Kredit www.gayahidupsihat.com

7 comments:

  1. tq share info ni cik la... mmg mrs pip kurang tidur since ada baby kecik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kan kalau ada baby kecik. Cikla yg ada baby besar ni pun kurang tido Kadang-kadang. Hehe

      Delete
  2. suka kopi.hari hari minum kopi pun takpe .hehe. bagus tips ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla pun peminat kopi dah teh. Sehari sekali minum pun dh nikmat sgt. Hehe

      Delete
  3. Cik timm pulak nk menmbahkan berat bdn sikit, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Makan lebih sikitlah kalau mcm gitu.

      Delete
  4. minum dah air sebelum makan.. cuma salah timing.. patutlah tak turun-turun berat sha.. :)

    ReplyDelete