Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat!

Al-kisahnya, hari ni cikla lambat pergi mencari barang basah untuk dibuat juadah tengah hari tadi. Dah dekat pukul 12 gitu baru keluar dari rumah, gara-gara tunggu encik suami balik. Emm, bila dah lambat masuk dapur tu, memang kita terfikir menu apalah yang ringkas dan cepat siap kan. Kalau boleh, satu menu tu semua ada. Protein, vitamin, serat dan semualah.

Apa lagi menu sebegitu kalau bukan sup kan. Betul tak? Dekat dalam sup, macam-macam kita boleh letak. Ayam, daging, fish ball, fish cake dan bermacam jenis sayur pun boleh. So, inilah sup ayam sihat diberi nama. Haha. Nama resepi pun spontan dapat. Al-maklum sup bidan terjun kata orang. Haha. Jom tengok sup ayam sihat cara cikla.

Sebelum memasak, kenalah ada bahan-bahannya dulu kan. Betul kan?

Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat!
Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat! 

Bahan-bahan :

1 ekor ayam sederhana besar (potong sederhana kecil). 
1 biji bawang besar (dihiris). 
3-4 ulas bawang putih (diketuk). 
1/2 inci halia (diketuk). 
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar). 
1 peket kecil perencah sup BABAS. 
1 kuntum bunga lawang. 
1 batang kecil kulit kayu manis. 
1 ikat sawi jepun (disiang). 
1 biji lobak merah (potong bulat). 
1 mangkuk kecil tomato ceri. 
1 mangkuk cendawan tiram kelabu (disiat sederhana besar). 
Sedikit daun sup.
Sedikit minyak, garam dan air secukupnya.

Caranya :

Dalam periuk yang sesuai, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian, masukkan perencah sup BABAS dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.

Selepas itu, masukkan ayam dan gaul ayam bersama hasil tumisan tadi. Biar sekejap sampai air ayam nampak kering. Kemudian, masukkan air secukupnya atau sehingga ayam tenggelam diikuti dengan lobak merah. Biarkan ia mendidih dan ayam serta lobak merah empuk.

Bila kuah dah menggelegak, taburkan garam dan lada hitam. Sesuaikan rasa. Selepas itu, masukkan sawi jepun dan cendawan. Biarkan sekejap sehingga keduanya layu. Last, masukkan tomato ceri dan daun sup dan biarkan dalam seminit gitu. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. So, inilah hasilnya. Tengok, penuh sayur je tu. Ayam tak nampak pun kan. Sihat tak sihat, haha! 

Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat!
Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat! 

Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat!
Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat! 

Senang je kan. Bak kata orang, all in one. Semua ada. Tak payah pening-pening nak masak lauk lain. Sejenis pun dah cukup dah. Kalau korang nak tau, sup sememangnya bagus untuk kesihatan. Cikla pernah terbaca yang sup elok untuk mereka yang sedang mengalami demam dan batuk. Kandungan di dalam sup yang kaya dengan pelbagai nutrient termasuklah herba yang ada di dalamnya turut memberi manfaat kepada kesihatan kita.

Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat!
Sup ayam sihat. All in one, cepat dan semestinya berkhasiat! 

Lagipun, nak buat sup pun bukannya susah pun kan. Senang je. Main campak-campak je. Yang penting cukup rasa, dah sedap dah tu. 

5 comments:

  1. Saya pun selalu buat sup main campak ni, masuk seperiuk besar, lunch + dinner sekali.senang keja ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

    ReplyDelete
  2. Sup makan panas-panas layan je kan kak ila? Auni memang suka sup tapi sayangnya boleh makan 2-3 sudu je.

    ReplyDelete
  3. Setuju...menu lengkap dan jimat masa selain muai...

    ReplyDelete
  4. buat resipi ada lauk dengan sayur ni mudah kan kak, jimat masa & pinggan nak basuh :P

    ReplyDelete
  5. All in one.. Sedap, berkhasiat dan menyelerakan..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews