Advertisement

Beguk, sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus!

BEGUK, SEJENIS PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH JANGKITAN VIRUS! Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa mungkin tau, kes  sekolah yang telah diarahkan tutup disebabkan oleh penularan wabak beguk. Untuk pengetahuan korang, SMAP Kajang dan SBPI Gombak telah diarahkan tutup selama 2 minggu sehingga 9 November oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

Memang serius kan. Iyelah, sampai diarahkan tutup kerana pelajar dan guru dari sekolah berkenaan telah dijangkiti penyakit itu. Tapi, apa dia penyakit beguk ni sebenarnya ye? Nak tau? Jom baca apa yang cikla dan share ni. Sekurang-kurangnya ia memberikan kita sedikit ilmu mengenai penyakit ini dan sentiasa berwaspada terhadapa kesihatan diri masing-masing.

Apakah itu penyakit beguk dan simptomnya?

Beguk, sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus!
Gambar diubahsuai dari carian Google. Beguk, sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus! 

Untuk pengetahuan korang, penyakit beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Paramyxovirus. Kesannya, ia akan menyebabkan keadaan  bengkak terjadi dan mendatangkan rasa sakit pada kelenjar parotid iaitu kelenjar air liur. Emm, penyakit ni boleh berjangkit ke?

Of course boleh. Kalau korang nak tau, ia adalah penyakit yang mudah berjangkit. Virus akan merebak melalui titian cecair daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Apa yang menakutkan adalah, ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula. Wah, biar betul! Selain itu, ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan objek yang tercemar dengan air liur pesakit yang telah dijangkiti.

Apa pula tanda atau simptom yang boleh kita cam untuk penyakit ini?

Sebenarnya, tanda dan gejala jangkitan boleh  bermula selepas 12 hingga 25 hari berhubungan dengan mereka yang dijangkiti. Walaubagaimanapun, ada sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada menunjukkan simptom awal, tapi ereka mungkin mengalami demam, sakit kepala, mulut  kering dan hilang selera termasuklah keletihan. Di samping itu, pembengkakan akan berlaku pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid (kelenjar liur) dan gejala ini biasanya hilang dalam masa 10 hingga 12 hari.

Walaupun beguk dikatakan penyakit ringan yang biasa dihidapi, kadang-kala akan terjadi komplikasi seperti Encephalitis (pembengkakan pada otak), Meningitis (pembengkakan pada lapisan otak), Pancreatitis (inflamasi pada pankreas), Orchitis (lebam pada testis) yang berlaku pada lelaki dewasa di samping pekak.

Penyakit beguk sebenarnya tiada ubat yang khusus untuk memulihkannya tapi  simptom-simptom yang wujud boleh dilegakan dengan cara :

*Mengambil paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit.
*Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid.
*Meletakkan ais pada kelenjar parotid (kelenjar liur) atau testis untuk melegakan kesakitan.

Selain itu, mereka yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah (dikuarantin) sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva atau sehingga bengkak tersebut hilang.

Beguk, sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus!
Beguk, sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus! Kredit Google  

Kalau korang nak tau, penyakit beguk boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini akan  diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps, measles and rubella) dan ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini. 

Apa yang cikla tau, petua orang tua-tua untuk melegakan beguk ni sapu nila pada kawasan yang terlibat. Tapi, sejauh mana kesahihan dan keserasian petua ni, waallahualam. Oh ye, bengkak disebabkan beguk dengan bengkak kelenjar tiroid lain tau. Bengkak beguk area kelenjar liur, manakala bengkak tiroid adalah bengkak di hadapan leher, di bawah halkum kita ni. 

Please take a note! 

Kredit Info SINI

Post a Comment

5 Comments

  1. Sekarang ni senang je wabak merebak. Semoga kita dijauhkan.

    ReplyDelete
  2. Nampak. Penyakit biasa. Tapi berbahaya rupanya.

    ReplyDelete
  3. Eh baru tau beguk pun boleh berjangkit, scary!

    ReplyDelete
  4. dulu2 kena beguk mak syaza letak nila :)

    ReplyDelete