'Santai Tapi Sampai'

24 October 2018

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Betul juga orang cakap, bunga dan wanita memang sukar dipisahkan. Perempuan, kalau tengok bunga memang terus jatuh cinta. 

Melainkan kalau memang tak punya masa yang banyak untuk membelai bunga kesayangan, itu cerita lainlah.

Macam cikla sendiri, semenjak dua menjak ni naluri sukakan bunga makin membuak-buak. Mungkin sebab cikla terpengaruh dengan hobi mak cikla juga kot. 

Bak kata orang, kalau ada gengnya memang menjadilah kan. 

Kegilaan terhadap bunga membuatkan cikla suka kepada aktiviti menanamnya. Paling suka bila tengok bunga yang di tanam tu segar mekar dan subur. Aduh. Memang terasa puas tau! 

Senyum sendiri bila tengok mereka! Apa kata kita jamu mata tengok apa yang ada di kebun bunga kecilku. Hehe.

Pertama : Bunga kertas! 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Cikla mula berjinak-jinak tanam bunga kertas ni bila cikla tengok mak cikla tanam bunga ni. Memang cantik, lebih-lebih lagi kalau ia berbunga lebat. 

Kalau korang nak tau, bunga kertas ni ada banyak jenis dan warnanya. Dan ia popular sebagai pokok berbunga sepanjang tahun. Nama botaninya pula adalah Bougainvillea app. 

Teringat pula lagu kumpulan Spring kan. Hehe! 

Pokok bunga kertas yang berbunga dalam gambar tu cikla baru alih dari polibag ke pasu bunga. Baru beli masa cikla balik kampung minggu lepas. Harap-harap ia akan segar mekar dan berbunga dengan banyaklah ye. 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Kalau yang ni tak tau warna apa bunganya. Kita tunggu ajelah bunga warna apa yang keluar ye.. Hehe! 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Yang dekat bawah ni cikla tak tau bunga apa. Tapi biasa memang orang gantung je. Apa yang best, senang nak jaga bunga ni. 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Berikutnya : Pokok pudina.

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Ini pokok pudina. Asalnya, pokok pudina agak kurang segar bila cikla alihkan dari pasu ke dalam kepok ni. Dan yang sebelah tu, cikla baru beli dan pindahkan ke situ. Ni kes nak bagi merimbun dan banyak. 

Tengok tu, lebar-lebar kan daun dia. Lepas ni kalau nak guna, tak payah beli dah. Petik je dari laman, haha. Tapi nak petik pun ada tip tau. 

Cikla pun baru tau. Kita tak boleh main petik dengan tangan je. Kena pakai gunting potong batang dia. 

Cikla suka tambah pudina dalam air bersama hirisan lemon dan serai yang diketuk. Emmm, sedapnya. Segar gitu! 

Tapi, cikla ada baca juga yang pudina boleh ditambah dalam masakan. Yang ni cikla tak pernah try

Kebaikan pudina memang banyak, korang nak tau Google ajelah ye. Hihi. Apa yang penting, ia memberikan bau dan rasa mint yang menyegarkan. Memang best

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Kalau yang ni pulak adalah  pokok Lavendar yang tak besar-besar. Tapi takpelah. Janji dia hidup subur walaupun tak membiak. Itu pun nampak macam dah nak berbunga balik. Oklah tu kan. Gemuk dan lebar jugak daun dia.

Yang bawah gambar pokok Lavendar ni pulak pokok belalai gajah. Ramai cakap bagus pokok ni. Tapi cikla tak pernah apply pun. Tanam, just jadikan pokok hiasan laman je. 

Alhamdullilah, nampaknya macam subur juga tu. Syukurlah! 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Berikutnya, pokok-pokok lain yang ada. Tapi, cikla tak tau namanya. Haha. Main tanam je, sebab cantik. 

Kalau yang ni mak cikla panggil pokok mak datin. Tang mana datinnya tu, cikla tak tahulah pulak. Mungkin sebab bunga dia cantik kot. Tapi, hati-hati sebab batang pokok bunga berduri. 

Memang tak sesuai letak di dalam beranda rumah sebab mungkin bahaya kepada budak-budak yang main di situ. Elok letak di luar je. Dekat tepi rumah pun cantik. Bunga ni agak senang nak jaga. Kalau sekali dia berbunga, memang tak berhenti. 

Tak salah cikla, bunga ni pun ada jenis-jenisnya. 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Seterusnya : Pokok Garuda.

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Korang kenal pokok ni tak? Orang dulu panggil pokok daun garuda. Baunya, memang busuk. Pokok ini dikatakan banyak khasiatnya terutama dari segi perubatan tradisional. Mak cikla cakap, pokok ni kena jaga betul-betul sebab kalau boleh jangan letak di tanam untuk elakkan dari di langkah ayam. Kalau tak mati. Lagi satu, mereka yang dalam sedang dalam haid pun, tak boleh sentuh pokok ni. Kalau tak, memang almarhumlah pokok ni jawabnya. 

Sejauh mana kesahihannya, waallahualam. Cikla cuma mendengar dari orang tua turun temurun je. 

Korang tengok pokok garuda cikla. Alhamdullilah  memang hidup subur sejak cikla beli dia.. 

Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!
Hobi baru saya : Terapi diri, jamu mata!

Mujurlah cikla serasi menanam bunga. Tapi kalau tanaman herba memang cikla fail. Sebelum ni gigih tanam kunyit, serai dengan pokok kari. Kejap je subur, lepas tu kiok. Adoiii, tak taulah di mana silapnya. Rasanya dah bagi penjagaan yang rapi jugak. Lepas tu pokok karinya tak besar-besar. Besar tu je. Haha.

Tapi, daun kesum ok juga. Hiduplah juga dekat tepi longkang tu. Kata nak tanah lembap, so duduklah kau di situ baik-baik ye

Bagi cikla, hobi baru  cikla ni adalah terapi diri cikla juga. Bukan apa, bila kita tengok bunga-bungaan ni semua automatik hati jadi tenang. Rileks je rasa.

Tak percaya. Apa kata korang start gardening sekarang. Ini adalah terapi diri percuma. Tak perlu bayar pun. Cuma kena keluar modal sikitlah untuk beli benih bunga, baja dan tanah (kalau perlulah). Lepas tu, masa untuk membela dan membelai dia. Haha! 

Let's do it!

3 comments:

  1. Meriah betul pokok pokok cikla..

    ReplyDelete
  2. Saya jamu mata kat lazada shopee ja. Haha. Sekali sekala jamu mata tengok pokok getah. Sebab tempat dikelilingi pokok getah 😁

    ReplyDelete
  3. rajinnya ciklaa. Arwah mak saya dulu sukan tanam pokok bunga orkid penuh la pagar rumah keliling untuk cuci mata hihi luang masa katanya.

    ReplyDelete