'Santai Tapi Sampai'

31 October 2018

Lagu Suci Dalam Debu by Iklim. Jom hayati maksud dan makna tersirat di sebalik liriknya.

Cikla agak semua orang tahu lagu Suci Dalam Debu nyanyian Allahyarham Saleem dari kumpulan Iklim. Memang sedap lagu ni kan. Memang lagu berhantu, dan ramai peminatnya. 

Tapi, sebenarnya di sebalik bait lirik lagu tersebut tersembunyi maksud tersirat yang mungkin kita tak terfikir pun sebelum ini. 

Apa yang pasti, lirik lagu ini sememangnya memberi kesan yang mendalam jika kita memahaminya. So, apakah makna tersirat di sebalik lirik lagu ini? Jom kita hayati.


Kredit video YouTube. 

*Engkau bagai air yang jernih*
[Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)] 

*Di dalam bekas yang berdebu*
[Jasad/Badan yang asalnya dijadikan dari tanah] 

*Zahirnya kotoran itu terlihat*
[Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain] 

*Kesucian terlindung jua*
[Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli] 

*Cinta bukan hanya di mata*
[Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat] 

*Cinta hadir di dalam jiwa*
[Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah] 

*Biarlah salah di mata mereka*
[Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat] 

*Biar perbezaan terlihat, antara kita*
[Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia] 

*Kuharap engkau kan terima*
[Bermunajat agar di terima Illahi] 

*Walau di pandang hina*
[Sebagai hamba yang hina] 

*Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa*
[Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata] 

*Suatu hari nanti, pastikan bercahaya*
[Di alam akhirat] 

*Pintu akan terbuka, kita langkah bersama*
[Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya] 

*Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat*
[Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar] 

*Debu jadi permata, hina jadi mulia*
[Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat] 

*Bukan khayalan, yang aku berikan*
[Kitab Al Quran] 

*Tapi keyakinan yang nyata*
[Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran] 

Lagu ni realese pada tahun 1997. Korang bayangkan lebih dua dekad 'usia' lagu ni tapi masih diminati.

Kredit WhatsApp Group.

No comments:

Post a Comment