19 October 2018

Nak tengok pelakon Mira Filzah pegang watak antagonis? Jom tengok drama Dosa Perempuan, slot cerekarama, TV3.

Lately cikla jarang layan drama dekat TV3. Bukan apa, kalau drama yang ditayangkan malam ni kadang-kadang memang tak dan nak tengok. Mana taknya, asal lepas solat Isyak je, mata ni mulalah mengantuk. Dapat je bantal memang terus zzzzz lah jawabnya. 

Beginilah rutin si hypothyroid. Haha. Alamatnya, kalau nak tengok drama-drama ni, terpaksalah cari dekat online dan YouTube. Sebenarnya, drama Dosa Perempuan ni sudah pun ditayangkan pada bulan September tahun lepas. Ia ditayangkan semula kerana telah dicalonkan dalam Anugerah Skrin TV3 yang akan datang ni. 

Selain drama ni, banyak lagi drama yang dicalonkan dan ada sebahagiannya telah ditayangkan semula pun. Antaranya, drama Qalbu lakonan hero gila gila remaja kita, siapa lagi kalau bukan Faizal Hussien dan Fasha Sandha. 

Dalam drama ni Fasha Sandha pun pegang watak antagonis juga. Jadi isteri curang gitu. Cikla ada jugak tengok drama ni masa ditayangkan semula. Best juga.

Berbalik kepada drama Dosa Perempuan ni, cikla tertarik sangat dengan watak Mira Filzah seorang wanita psiko yang tekad untuk membela nasib kekasihnya yang dituduh membunuh kawan sendiri. 

Ini first time cikla tengok Mira melakonkan watak jahat. Kalau sebelum asyik watak sweet sweet, ayu-ayu gitu. Watak kali ni memang ada kelainannya. 

Nak tengok pelakon Mira Filzah pegang watak antagonis? Jom tengok drama Dosa Perempuan, slot cerekarama, TV3.
Nak tengok pelakon Mira Filzah pegang watak antagonis? Jom tengok drama Dosa Perempuan, slot cerekarama, TV3. Kredit Google. 

Boleh tahan jugalah, walaupun ciri lemah lembutnya itu masih terserlah. Hihi! Good job Mira! So, sebab tak sabar nak tunggu waktu tayangannya esok, cikla tengok online ajelah. Haha. Tengok teaser dekat TV macam best je. Tu yang jadi tak sabar tu. Sebab cikla dah tengok, cikla nak share sinopsis penuh drama menarik ni. Jom baca dulu sebelum korang tengok sendiri esok. Hehe.

Sinopsis drama Dosa Perempuan, slot cerekarama TV3.

Pengarah : Murali Abdullah.
Pelakon : Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah, Aidit Noh. 

Sinopsis :

Drama ini mengisahkan tentang seorang peguam bernama Nik lakonan Redza Rosli. Nik terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga isterinya Suraya, lakonan Nad Zainal terasa sunyi bersama anak mereka Aimi. Nik sedang mengendalikan kes pembunuhan yang dilakukan oleh Daud. Daud telah dituduh membunuh kawan sendiri bernama Azali. 

Penyiasatan kes ini menemui jalan buntu apabila Daud enggan berkerjasama memberi keterangan dengan hanya berdiam diri. Dia hanya mahu pihak polis membawa teman wanitanya sebagai saksi kalau mereka mahu mengetahui cerita sebenar. Siapa pulak teman wanita si Daud ni agaknya? 

Dalam pada itu, secara tak sengaja Suraya telah berkenalan dengan seorang gadis misteri bernama Tasha lakonan Mira Filzah. Haaaa, di sinilah bermula watak jahat lakonan Mira. Sejak perkenalan itu, mereka berdua menjadi rapat dan Tasha sering datang menemani Suraya terutama jika Nik tiada di rumah.

Nak tengok pelakon Mira Filzah pegang watak antagonis? Jom tengok drama Dosa Perempuan, slot cerekarama, TV3.
Nak tengok pelakon Mira Filzah pegang watak antagonis? Jom tengok drama Dosa Perempuan, slot cerekarama, TV3. Kredit Google. 

Siapa agaknya Tasha ini sebenarnya dan apa motif di sebalik kebaikannya kepada Suraya dan Aini? Ada udang di sebalik mee kah? Jeng jeng jeng. Macam dah start suspen je ni. Haha! Dek kerana tuntutan kerja, Nik sering kali terpaksa out station untuk beberapa hari dan meninggalkan isteri dan anaknya. 

Sebelum pergi, dia berkali-kali berpesan supaya berhati-hati dengan orang sekeliling kerana dia merasa risau akan keselamatan mereka. Namun, kesempatan ini digunakan baik oleh Tasha untuk terus mendekati Suraya. Dalam masa yang sama, Suraya juga selalu merasakan yang dia dan Aimi seperti diekori oleh seseorang. 

Aduh, misteri lagi! Setiap kali ketiadaan Nik pasti ada 'peristiwa' yang berlaku dan Suraya akan merahsiakannya dari Nik untuk mengelakkan Nik marah dan menyalahkannya. Antara yang berlaku adalah, Aimi hampir hilang semasa mereka pergi ke shopping complex dan peristiwa Aimi hampir di culik oleh seseorang yang cikla cakap asyik ikut dia tu. 

Mujurlah Aimi selamat sebab ia sempat 'diselamatkan' oleh Tasha yang konon-konon bertindak sebagai hero untuk menyelamatkannya. Siap cedera lagi tangan si Tasha tu. Kekonon, nak buktikanlah tu. Kemuncak cerita adalah bila mana kebimbangan Nik menjadi kenyataan. Sebab apa? Suraya dan Aimi telah diculik oleh Tasha dan mereka di bawa ke sebuah rumah usang. Kenapa pula Tasha bertindak begitu? 

Rupa-rupanya kan korang, Tasha adalah kekasih Daud. Orang yang telah dituduh membunuh Azali. Dia telah menculik Suraya dan Aimi hanya untuk mengugut Nik supaya menarik balik tuduhan kepada Daud. Tasha merasa kesal dengan tindakan Nik yang meletakkan tuduhan membunuh ke atas Daud yang tak bersalah. 

Alamak! Kalau macam tu, siapa pulak yang bunuh Azali? Kebenaran akhirnya terbongkar juga! Sebenarnya, si Tashalah yang bunuh Azali. Ia berlaku semasa berlaku pertengkaran antara Tasha, Daud dan Azali. 

Demi menyelamatkan Tasha, Daud telah mengaku membunuh Azali. Tasha akhirnya ditangkap dan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital kerana keguguran. Dia mengandung anak Daud rupanya.

Kesimpulannya, pendapat cikla mereka yang melakukan perbuatan baik atau jahat pasti akan mendapat pembalasannya. Dan satu lagi, jangan mudah percaya dengan orang yang baru dikenali. Mungkin ada niat tak baik! Manalah tau kan. Hati manusia bukan kita boleh baca! 

Kalau korang tak dan lagi nak tengok drama ni esok, korang boleh cari dekat YouTube je.  Tapi, takpelah. Cikla share dekat sini ajelah.


Selamat menonton!

Kredit YouTube TV3MALAYSIA Official.

5 comments:

  1. Haah dah tengok dah cerita ni sebelum ni. Tasha tu sebenarnya tak salah cuma keadaan je memaksa dia buat macam tu.

    ReplyDelete
  2. okey, citer penuh cik la bagi..mcm best gak tu..1st time Mira Filzah bawa watak camni..selalu jadi heroin yg suwet2 je...

    ReplyDelete
  3. Macam mana ye mf jadi eatak antagonist.. kena tgk ni

    ReplyDelete
  4. Ada tertengok sikit je cerita ini.. sebok layan novel.. kikiki.. nampak menarik pula MF bawa watak tu..

    ReplyDelete
  5. dah tengok. best cerita ni..

    ReplyDelete