'santai tapi sampai'

Sebagai seorang manusia yang normal, kita tak akan terlepas dari rasa bimbang dan risau. Keadaan ini adalah biasa.  Tapi, kalau 'perasa...

Apa itu Anxiety Disorder? Adakah ia satu penyakit yang membahayakan?

Sebagai seorang manusia yang normal, kita tak akan terlepas dari rasa bimbang dan risau. Keadaan ini adalah biasa. Tapi, kalau 'perasaan' ini keterlaluan dan berlebihan ia dah jadi keadaan yang luarbiasa dan memudaratkan jika dibiarkan berlarutan. 

Rasa bimbang yang keterlaluan ini dikenali sebagai Anxiety Disorder atau AD. 

So, inilah yang cikla nak share dengan korang. Bukan apa, kita semua berisiko kena AD lebih-lebih lagi di zaman yang serba serbi mencabar ini. 

Pada pendapat cikla, kebanyakan orang pada zaman ini mudah terdedah kepada AD ditambah pula dengan beberapa sebab tertentu. Macam takut je dengar kan. 

Apa itu Anxiety Disorder? Adakah ia satu penyakit yang membahayakan?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Anxiety Disorder, dalam bahasa melayu ia juga dikenali sebagai gangguan kebimbangan berlebihan yang berlaku secara kerap dan berpanjangan sehingga boleh mengganggu aktiviti seharian. Senang cakap rasa risau yang melampau, padahal perkara atau hal itu bukanlah seteruk yang disangka. 

Untuk pengetahuan korang, dalam bidang psikologi AD terbahagi kepada 2, iaitu gangguan panik dan kecelaruan keresahan umum. 

Antara simptom fizikal yang ketara adalah sesak nafas dan jantung berdegup kencang. Kesan dari keadaan ini akan menyebabkan :

  1. Rasa sakit dada. 
  2. Tangan dan badan menggeletar. 
  3. Rasa seperti tercekik. 
  4. Berpeluh. 
  5. Loya dari dalam perut. 
  6. Rasa pening macam nak pitam.

Kebanyakan mereka yang mengalami AD akan merasakan ini adalah serangan jantung atau strok, seterusnya mereka akan hilang kawalan, perasaan menjadi semakin cemas dan rasa macam nak mati. Gangguan panik juga biasanya berlaku secara tiba-tiba dan kerap, contohnya 2 hingga 3 kali seminggu dan kalau ia berlaku terlalu kerap, better dapatkan rawatan doktor. 

Pakar berpendapat, tidak ada sebab atau punca tertentu yang menyebabkan AD, tapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa hal berikut, iaitu:

  1. Trauma pada masa lalu. 
  2. Masalah kesihatan. 
  3. Penggunaan ubat tertentu. 
  4. Faktor keturunan. 
  5. Mengalami tekanan yang belarutan dalam tempoh masa yang lama. 

AD kronik yang tidak dirawat mungkin akan memberi kesan seperti kemurungan, insomnia, suka menyendiri, dan yang paling teruk timbul keinginan untuk mencederakan/membunuh diri. Nauzubillah! 

Sekarang ni pun kita banyak baca kes melibatkan mereka yang anxiety dan depression. Mungkin inilah salah satu sebabnya!

Apa itu Anxiety Disorder? Adakah ia satu penyakit yang membahayakan?
Apa itu Anxiety Disorder? Adakah ia satu penyakit yang membahayakan? Kredit Google. 

Bagi mereka mungkin yang mengalami keadaan atau simptom yang dinyatakan ini janganlah risau. Ia sememangnya boleh sembuh kalau cepat mendapatkan rawatan. Antara rawatan yang akan diberikan adalah :

  1. Ubat-ubatan yang mana ia akan membantu menstabilkan bahan kimia yang mengawal fungsi otak seperti serotonin, dopamine, norepinefrin yang mana kesemunya berada dalam keadaan tak normal. 
  2. Psikoterapi. 
  3. Terapi kognitif bersama rundingan dengan ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaiannya. Teknik ni juga adalah melibatkan teknik bertenang menerusi pernafasan, meditasi (berzikir bagi yang Muslim) dan merehatkan otot. Ia penting bagi mendapatkan  keyakinan diri dan kawalan. 

Apa yang korang kena ingat, elak dari mengambil ubat penenang tanpa nasihat doktor kerana ia tak membantu pun malah lebih memburukan keadaan. 

Psstt, untuk pengetahuan korang kebanyakan pengidap tiroid akan kena anxiety tapi bukan semua yang kena anxiety itu pengidap tiroid. Mereka yang mengidap penyakit lain pun boleh kena anxiety juga. 

Kredit Dr. Gurdeep Singh, Pakar Psiakatri Hospital Thomson, petikan artikel dari Ruangan Hati, Harian Metro.

3 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian CikLa.. Kalu ikutkan AD nie takdelah bahaya tapi jika tak dirawat atau ditangani dengan betul, penyakit AD nie akan menjadi bahaya..

    ReplyDelete
  2. yes. mencari keberanian atau aura positif tu tak mudah kan.
    aida mcm xde AD yg kronik lah. rasa nyer lah hi hi hi...

    ReplyDelete
  3. ohh i see, baru tahu AD ni bahaya

    ReplyDelete