16 October 2018

Sambal telur belimbing buluh yang senang dan sedap! Jom masak!

Cikla percaya, kebanyakan mak-mak diluar sana kadang-kadang macam blur dan tak tahu nak masak apa kan. Maklumlah, masak hari-hari, sampai kehabisan idea. Haha. Punya rajin masak tu. Bila makan lauk yang sama selalu pun boleh jemu juga. Apa kata sesekali kita makan lauk yang simple je. Nak masaknya pun cepat, dan sedap lagi.

Cikla, kalau menu telur selain dari masak kari atau buat telur dadar, satu lagi menu yang cikla selalu jugalah masak untuk seisi keluarga adalah masak sambal. Anak-anak cikla memang suka menu ni. Rasanya semua tau kot macam mana  nak masak sambal telur kan, tapi kali ni cikla nak share sambal telur cara cikla. Hehe. Kalau sambal telur, cikla lagi prefer rebus dulu telurnya kemudian goreng sekejap. Kalau tak nak goreng pun boleh, rebus je. Dah, jom kita check bahannya dulu.

Sambal telur belimbing buluh yang senang dan sedap! Jom masak!
Sambal telur belimbing buluh yang senang dan sedap! Jom masak! 

Bahan-bahannya :

5 biji telur ayam. 
1 biji bawang besar (dihiris). 
2 ulas bawang putih. (diketuk). 
1/2 inci halia (dihiris). 
1 senduk cili giling. 
10 biji tomato puri (dikisar dengan sedikit air). 
6 biji belimbing buluh (belah 4).
1 biji bawang besar (potong bulat). 
Minyak untuk menumis, garam, gula dan perasa jika perlu.


Cara nak masak :

Rebus telur ayam kemudian kopek kulitnya. Dalam kuali, panaskan minyak secukupnya dan goreng telur rebus tadi sehingga warna keemasan. Angkat telur, dan toskan minyaknya. Kurang sedikit minyak gorengan telur tadi, kemudian tumis bahan dihiris termasuk bawang putih sehingga kekuningan. Selepas itu, masukkan cili giling dan air. Tumis cili sampai garing dan masak. Senang cakap, sampai tak pedas.

Kemudian, masukkan tomato puri yang dikisar dan tumis lagi sehingga naik bau. Kalau korang takde tomato puri, boleh ganti dengan air asam jawa. Korang agak-agaklah ye. Kalau cikla, dalam setengah mangkuk gitu, oklah.

Bila bahan tadi dah garing, masukkan belimbing buluh dan bawang besar, diikuti dengan garam, gula dan perasa (kalau perlu). Kacau sekejap dan sesuaikan rasa. Last, masukkan telur dan gaul rata. Tutup api, dan siap untuk dinikmati.

Sambal telur belimbing buluh yang senang dan sedap! Jom masak!
Sambal telur belimbing buluh yang senang dan sedap! Jom masak! 

Sambal telur belimbing buluh yang senang dan sedap! Jom masak!
Sambal telur belimbing buluh yang senang dan sedap! Jom masak! 

Senang je kan? Selamat mencuba!

11 comments:

  1. Sedapnya sambal telur belimbing buluh ni. Terliur pulak tengok...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Aida tia ari menyambal, cikla.
    Abis semua disambalkan.
    Tapi telur rebus jarang2 skit.
    Anak2 prefer sambal telur pecah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Anak cikla OK aje. Tp itulah. Bg cikla kalau sambal telur pecah tu mcm berminyak lebih pulak. Hehe

      Delete
  3. Mama ni mmg penggemar Sambal telur bolehlah Cuba nanti

    ReplyDelete
  4. mengancam sambal cikLa ni..hihi

    jemput singgah: https://sweetepalhijau.blogspot.com/2018/10/novel-rindu-yang-terlarang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah singgah tp tak boleh nk drop komen. Y?

      Delete
  5. MN suka buat yang telur mata kerbau tu..yang jenis kukus jarang

    ReplyDelete