Mengapa hospital di Mekah sunyi tanpa pesakit? Kalau kita tengok hospital di Malaysia memang sentiasa meriah dengan pesakitnya kan. Pendek kata, pesakit silih berganti. Datang dan pergi.
Cikla pun tengok sendiri 'kemeriahan' ini sebab setiap kali cikla pergi follow up di hospital memang orang tersangatlah ramainya.
Tapi, keadaan ini dikatakan tidak berlaku di Mekah. Mengapa agaknya ye? Nak tau mengapa? Jom baca perkongsian ini.
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Inilah rahsia mengapa di Mekah, hospital sangat sunyi dan jarang sekali pesakit yang datang?
Dikatakan, ada seorang doktor membuka klinik di Tanah Suci (Mekah Al Mukarramah). Selama 6 bulan klinik beroperasi, tidak ada seorang pesakit pun yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Doktor tersebut merasa pelik dan hairan mengapa keadaan ini berlaku. Adakah orang-orang di sini tak pernah sakit ke?
Akhirnya, semua persoalannya terjawab setelah dia bertanya kepada salah seorang Muslim di sana. Dan inilah jawapan mereka!
Bila kami sakit...
*Ikhtiar pertama*
Yang kami lakukan ialah, Solat dua rakaat dan memohon kesihatan kepada Allah. InshaaAllah sembuh dengan izin dan kasih sayangNya. Kalau belum sembuh.
*Ikhtiar kedua*
Baca Al Fatihah/surah-surah lain, tiupkan pada air dan minum. Dengan amalan tambahan:
- Jika badan panas, maka kami perbanyak baca Salawat (kerana selawat sebagai penyejuk).
- Jika badan sejuk, maka kami perbanyak baca Ayat Kursi.
- Jika sakit yang terlihat, maka kami bacakan Surah Al Fatihah sambil mengusap-usap di bahagian yang sakit.
- Jika sakit tak terlihat, maka kami perbanyak bacaan Surah Al Ikhlas, Al Falaq, An-Naas (sebagai penolak sihir).
Dan alhamdulillah kami akan sihat. Inilah Ruqyah untuk diri sendiri. Tapi kalau belum sohat juga, lakukan ikhtiar yang ketiga.
*Ikhtiar ketiga*
Bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan penyembuh sakit. InshaAllah akan sembuh. Kalau tidak sembuh juga, kami akan tempuh ikhtiar yang keempat.
*Ikhtiar keempat*
Perbanyak Istighfar, untuk bertaubat. Sebab, Nabi SAW bersabda, bahawa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa-dosa. Kalau belum sembuh juga, baru kami lakukan ikhtiar yang kelima.
*Ikhtiar kelima*
Minum madu dan Habbatussauda.
*Ikhtiar yang keenam*
Mengambil makanan herbal, seperti bawang putih, buah tin, zaitun, kurma, dan lain-lain seperti yang disebut dalam Al-Quran. Dan, Alhamdulillah. Laa hawlaa wa laa quwwataa illaa billaah. Jika belum sembuh, baru kami melakukan ikhtiar yang ketujuh.
*Ikhtiar ketujuh*
Pergi ke doktor yang soleh.
InshaAllah akan diberi kesembuhan dari Allah. Semoga bermanfaat.
Sumber: SINI
allahu, terima kasih atas perkongisan.sangat2 berguna
ReplyDeletesolat dua rakaat tu memang tak pernah buat pun time sakit, bila sakit yang terfikir terui jupa tuan dr. lepas ni nak buat pulak, tapi kan kalo selalu solat malam terasa badan jadi kuat dan sihat akan jarang sakit..
ReplyDeleteAlhamdulillah....terima kasih atau perkongsian ini...sgt bermakna
ReplyDeletemasyaallah, kita tak sedar tanpa sengaja hal hal macam ni.
ReplyDeleteaida pernah baca pasal ni.
ReplyDeletesubhanallah :)
amalan yg baik utk kita. tq.