19 October 2018

Amalan tiga kali setengah minit. Jom amalkan!

Ada sesetengah orang, bila terjaga dari tidur dia terus bangun dari katil. Sebenarnya, perbuatan itu tak bagus. Dulu, cikla selalu juga macam ni. Lebih-lebih lagi kalau terjaga sebab anak menjerit minta susu. Memang automatic terjaga dan terus bangun. Macam ada tarikan magnet pulak aihhh. 

Seriously, kadang-kadang kalau terus bangun memang rasa "goyang" sikit kepala. Macam pening pun ada. Masa tu cikla terus duduk balik. Relaks sekejap sampai rasa ok, baru bangun balik. Kalau tak, boleh gelap mata ooo!

Berhubung dengan perkara ni, cikla nak share dengan korang info penting dari YB Dr. Daroyah Alwi terutama kepada mereka yang selalu bangun tidur untuk ke tandas. 

Amalan tiga kali setengah minit. Jom amalkan!
Gambar diubahsuai dari carian Google. Amalan tiga kali setengah minit. Jom amalkan! 

Amalan tiga kali (1/2)? Kebanyakan pakar selalu berpesan, setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa ia penting sangat?

Untuk pengetahuan korang, amalan 3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tapi sangat memberi manfaat. Di samping itu, amalan ini turun membantu  akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death)

Ini kerana, ada sesetengah kes yang kerap kali berlaku iaitu  seseorang itu yang pada siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Kadang-kadang, kita juga ada mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? 

Penyebabnya adalah ketika bangun malam untuk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa “3 x 1/2 minit” amat penting? Ini kerana pattern Ecg atau Electro Cardiogram  seorang individu normal itu pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil. Iaitu, corak ECG itu boleh berubah.

Bila kita bangun atau bangkit secara tiba-tiba otak akan menjadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah. 

So, kita dinasihatkan untuk mengamalkan amalan “3 kali 1/2 minit” ini, iaitu bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit. Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit. Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar.

Mari amalkan!

Kredit Group Telegram PetuaDanKesihatan.

4 comments:

  1. terima kasih Cik la share info menarik ni. memang kadang-kadang ada masa nya bangun tidur rasa kelam.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih utk sharing ni. Kita ni mmg selalu bangun malam berkali2 nak ke toilet.

    ReplyDelete
  3. good info.. terima kasih :)

    ReplyDelete