Nak beli makanan dalam tin? Baca tip ini dulu!

Ada sesetengahnya berpendapat, menggunakan makanan dalam tin kadang-kala menjimatkan masa. 

Mana taknya, bagi mereka yang sibuk bekerja terutama ibu-ibu, balik je rumah lepas bekerja dah tentu terkejar-kejar nak nak siapkan hidangan untuk keluarga. 

Keluar pejabat dalam pukul 5 gitu, mengharung jammed dan sebagainya paling cepat pun sampai rumah pukul 7 malam. Kalau ibu jenis lincah dekat dapur, no hal punya. Haha. Itu belum lagi anak-anak kacau. Lagilah haru bin biru. Hehe!

Macam cikla, cikla memang jarang sangat dah beli makanan dalam tin! 

Berbalik kepada makanan dalam tin tadi, sebenarnya adalah beberapa tip yang boleh kita praktikkan semasa membeli makanan dalam tin untuk mengelakkan makanan yang dibeli rosak sebelum korang memakannya.

Nak beli makanan dalam tin? Baca tip ini dulu!
Gambar diubahsuai dari carian Google. Nak beli makanan dalam tin? Baca tip ini dulu! 

Berikut merupakan tip yang boleh di guna pakai, iaitu :

Label.

Sebelum membeli, sila periksa label pada tin atau bungkusan makanan tersebut. Ini kerana, label sangat mempengaruhi kita sebagai pembeli. 

Akan tetapi, sebagai seorang pengguna yang bijak, kita tidak sepatutnya terpengaruh dengan hiasan, perkataan dan warna pada label atau pembungkus. 

Apa yang penting, tengok dulu kualiti dan mutu barangan termasuklah tarikh akhir produk tersebut.

Nutrien dan bahan produk.

Periksa juga kandungan nutrien dan bahan yang ada di dalam produk tersebut untuk memastikan tahap kolestrol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.

Fizikal luaran produk.

Sebaiknya, elak dari membeli makanan dalam tin mempunyai keadaan fizikal seperti berkarat, kemek atau menggelembung.

Expired date.

Pastikan makanan yang nak beli itu masih dalam keadaan baik dan belum melewati tarikh akhir atau expired date. Alert please

Selain itu, jangan beli makanan yang telah  tamat tempoh walaupun ia dijual pada harga lebih murah, sebab ia mungkin sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan kalau korang memakannya kelak.

Arahan penyimpanan produk. 

Kita disarankan meneliti dan membaca arahan atau cara menyimpan produk tersemu yang dinyatakan di dalam label. Ia penting untuk mengelakkan makanan menjadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.

Dah tau kan? So, jangan lupa praktikkan!

Kredit Group Telegram Petua Dan Kesihatan.

3 comments:

  1. skrg ray mmg dah x beli any mknn dlm tin. had a bad memory from it so now mmg xde lgsg keinginan utk beli. hee

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sharing info. Sekarang ni kami cuba untuk kurangkan pengambilan makanan dalam tin. Alhamdulillah walaupun tak banyak tapi ok la berbanding dahulu :)

    ReplyDelete
  3. lama dah x beli makanan dalam tin. ehhehe

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews