'Santai Tapi Sampai'

25 October 2018

Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap!

Cikla agak, hidangan pengat merupakan antara menu pencuci mulut yang popular khususnya di kalangan masyarakat Melayu. Betul tak? Pengat ni pulak, ada macam-macam. Pengat pisang, pengat keledek, pengat keladi, dan pengat nangka. Itu yang cikla tahulah. Yang cikla tak tahu, mungkin banyak lagi.

Hari ni tergerak nak buat pengat pisang. Lagipun, macam agak lama juga tak makan pengat pisang, since buah pisang pun susah nak jumpa. Huhu. Tapi, itulah. Kalau dah rezeki tak ke mana kan. Pagi tadi, masa hantar kakak Farisya dan abang Ammar pergi sekolah, kak ipar cikla merangkap pembantu tadika bagi cikla sesikat pisang tanduk hasil dari kebun sekolah. Wah, memang langkah kananlah kan. Apa lagi, jom buat pengat. Haha!

Jom check bahan untuk buat pengat pisang tanduk cara cikla. Haha.

Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap!
Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap! 

Bahan-bahannya :

6 biji pisang tanduk yang telah masak. 
1 kotak santan M&S. 
1 sudu besar biji sagu. 
1/2 senduk gula (kalau korang suka manis, lebihkan ye. Tapi elok kurang manis sikit).
1 helai daun pandan.
Secubit garam. 
Air secukupnya.

Caranya :

Kupas kulit pisang dan potong pisang kepada bentuk kesukaan korang. Cikla lagi suka potong kecil je. Senang nak makan. Ok, dalam periuk yang sesuai masukkan pisang tadi bersama sedikit air. Air tu agak-agaklah ye. Cukup-cukup buat pisang tenggelam di dalamnya, oklah tu. Biarkan seketika sehingga mendidih.

Kemudian, masukkan gula, garam, biji sagu serta daun pandan. Biar sekejap sehingga gula larut. Last sekali, masukkan santan dan air secukupnya. Sesuaikan rasa. Biarkan sehingga kuah mendidih. Bila nampak pekat, tutup api dah bolehlah dihidangkan. Oh ye, semasa memasak pengat, jangan guna api besar sangat untuk elak kuah pecah minyak. Nanti tak cantik pula kuahnya.

Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap!
Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap! 

Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap!
Pengat pisang tanduk dengan sagu, rasa lemak manis yang sedap! 

Dah terlanjur cerita pasal pisang ni, kalau korang nak tau pisang memang banyak khasiatnya. Ia juga sesuai dijadikan salah satu menu diet korang kerana ia adalah sumber tenaga yang baik. Kulit pisang pun bagus untuk kecantikan iaitu ia dikatakan mampu membantu mengurangkan parut. Wah, memang semulajadi sangat kan.

Jom makan pisang!

5 comments:

  1. Sedapnya pengat pisang.. Lama tak makan.. uish.. kecur liur dibuatnya..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya....kegemaran PC ni CikLa...

    ReplyDelete
  3. Pisang dah beli .. inshaaallah petang ni kita masak

    ReplyDelete