18 October 2018

Macam mana nak masak nasi goreng yang ringkas tapi sedap! Wah, jom baca tip berikut!

Menu nasi goreng boleh dikatakan menu sarapan popular rakyat Malaysia. Tapi, ada jugak orang makan nasi goreng masa lunch dengan dinner. Hehe. Dah tak tentu masa dah. Rasa nak makan, makan ajelah kan. Janji kenyang, hehe! 

Menu nasi goreng pulak, ada macam-macam. Antara yang biasa kita dengar adalah nasi goreng ayam, nasi goreng cina, nasi goreng kampung dan nasi goreng biasa. Betul tak? Alaaa, lapar pulak bila cerita pasal nasi goreng ni. Adoiii!

Sebenarnya, ada beberapa 'rahsia'  untuk menghasilkan nasi goreng yang sedap walaupun ringkas je kejadiannya. Cikla pun baru tau, dan cikla nak share lah dengan korang. So, dah tak jadi rahsia dah. Hehe. Jom baca sampai habis kalau nak tau. 

Macam mana nak masak nasi goreng yang ringkas tapi sedap! Wah, jom baca tip berikut!
Macam mana nak masak nasi goreng yang ringkas tapi sedap! Wah, jom baca tip berikut! Gambar diubahsuai dari carian Google.

Menggunakan nasi sejuk atau nasi kering.

Cikla memang pernah dengar, kalau nak nasi goreng sedap, guna nasi sejuk. So, lepas ni kalau ada lebihan nasi semalam, jangan dibuang. Ataupun, korang masak dulu nasi then sejukkan nasi dulu sebelum dibuat nasi goreng. Sebab apa nasi sejuk lebih sedap? 

Sebab, tekstur nasi tak terlalu lembik dan lebih menarik serta lebih mudah digoreng. Cikla pernah goreng nasi yang baru lepas ditanak. Nah, kau! Memang melekat-lekat. Dah macam sushi pulak dah jadinya. Haha.

Menggunakan api yang besar semasa memanaskan minyak dan menumis perencah nasi goreng.

Kalau korang makan di kedai-kedai makan yang ada menyediakan menu goreng-goreng, korang perasan tak, tukang masak dekat situ akan menggunakan api yang besar untuk menumis.  

Ini kerana, dikatakan, biasanya perencah yang ditumis dengan menggunakan api yang besar akan menjadi lebih garing dan ‘harum’. Emmm, penuh satu dapur bau dia! Tapi, itulah. Dah guna api besar janganlah  sampai hangus pulak perencah tu. Selepas beberapa ketika, korang bolehlah perlahan api selepas korang memasukkan nasi untuk digoreng.

Menggunakan marjerin atau mentega untuk menggantikan minyak selain dari merenjis dengan minyak bijan.

Ada sesetengah orang lebih suka menggunakan marjerin atau mentega untuk  menggantikan minyak masak. Cikla pernah try juga dulu. Masa kita menumis tu, lebih wangi gitu. Aroma tu pentingkan sebab ia boleh membangkitkan selera kita. Rasa tak sabar nak menikmatinya! 

Selain itu, korang boleh juga merenjis sedikit minyak bijan dengan tujuan yang sama iaitu memberi aroma harum semasa menumis, selain ia juga merupakan petua untuk mengelakkan nasi menjadi keras.

Menggunakan lebihan ayam atau ikan goreng.

Masa cikla kecik-kecik, mak cikla ada juga buat macam ni. Guna ikan goreng semalam buat perencah nasi goreng. Memang sedap! Nampak ringkas, tetapi rasanya sangat sedap  kan? Alaaa, terliur dah!

Menggunakan lebihan minyak gorengan ikan atau ayam.

Kalau korang memasak nasi goreng menggunakan lebihan ikan atau ayam goreng semalam, bolehlah tambah sedikit minyak ikan untuk rasa yang lebih ‘umphh’. Tak percaya, cubalah. Tapi, cikla paling suka minyak gorengan ikan bilis. Terbaiklah!

Memasak telur dengan dua cara. Apakah itu?

Kita memang biasa tengok orang masak nasi goreng letak telur kan? Untuk dapatkan nasi goreng yang sedap, ada caranya masa kita nak letak telur ke dalam nasi iaitu sama ada pada awal memasak atau pada saat akhir memasak nasi goreng. 

Untuk cara awal memasak, telur akan digoreng secara berasingan. Kemudian, telur ini akan dihancur-hancurkan sebelum dimasukkan ke dalam nasi goreng yang sudah siap dimasak. 

Untuk cara akhir memasak, sebelum nasi goreng siap dimasak, sedikit ruang di tengah kuali di bentuk, kemudian pecahkan telur di situ. Lepas itu, baru kacau telur tersebut  sehingga masak sebelum ia digaul bersama nasi goreng.

Jangan kisar bahan-bahan dengan blender, guna lesung batu.

Kalau yang ni cikla setuju. Masakan apa pun, kalau guna lesung batu memang sedap. Tak percaya, cuba buat!

Bagi petua banyak-banyak pun tak guna kan kalau tak cuba. Hehe. So, selamat mencuba!

Kredit perkongsian dari Group Telegram PetuaDanKesihatan.

3 comments:

  1. setuju. Masakan yang guna lesung batu memang sedap gila! Terima kasih Cikla kongsi tips ni :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  2. tiba tiba lapar nasi goreng pulak

    ReplyDelete
  3. terbaek.. dulu masa bujang selalu masak nasi goreng.. hehe

    ReplyDelete