Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat.

Musim raya ni mesti rumah kita ramai tetamu yang datang  bertandang kan, tak kiralah yang deka mahu pun yang jauh. Lebih-lebih lagi kalau yang jenis setahun sekali berjumpa. Betul tak? 

Kita pun menjadi tetamu jugak bila kita pergi bertandang dekat rumah saudara dan sahabat handai kita.

Cikla selalu dengar orang cakap, tetamu ni membawa rahmat, berkat dan rezeki. Haaa, betullah tu. 

So, ini ada satu kisah di zaman Rasulullah SAW yang berkait pasal tetamu ni. Nak tau kisahnya? Jom baca yang seterusnya ni.

Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat.
Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat. Sumber Google. 

Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah SAW tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. 

Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu. Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah SAW. 
   
Tak berapa lama kemudian Rasulullah SAW memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa baginda akan datang berziarah ke rumahnya. 

Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. 

Isterinya bertanya: "Siapakah tetamu itu?". Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah SAW. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. 

Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah SAW.

Ketika Rasulullah SAW hendak pulang, baginda memberitahu kepada suami wanita itu supaya memberitahu isterinya supaya melihat di pintu ketika baginda nak keluar. 

Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah SAW keluar. Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan mengikut keluar bersama Rasulullah SAW. 

Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: "Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang."

Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita. 

Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah SWT. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.

Demikian betapa hebatnya kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang sentiasa dikunjungi oleh tetamu. Memang benarlah tetamu itu pembawa rahmat kepada si tuan rumah.

Sebagai tuan rumah, kita jugak disarankan supaya menghormati dan memuliakan tetamu yang datang. Ia penting kerana memperkenalkan akhlak yang terpilih dan tahap kegirangan kita. 

Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim:

"Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, maka hendaklah dia berkata perkara yang baik atau diam. Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, maka hendaklah dia memuliakan jirannya. Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, hendaklah dia memuliakan tetamunya." - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. 

Wallahua'lam.

Sumber SINI

2 comments:

  1. singgah baca entri ,salam aidilfitri

    ReplyDelete
  2. Anonymous01 July, 2017

    Kena hati-hati berkongsi apa yang didakwa hadis. Kena rujuk untuk kepastian.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews