Terima kasih cikgu!

Hari ni dah hari jumaat kan? Cikla rasa bulan mei ni masa macam cepat je berlalu. Dan masa yang berlalu tak mungkin berulang lagi. Manfaatkan masa-masa ini dengan perkara yang berguna, sebab kita tak dapat mengulangi masa yang dah pergi meninggalkan kita, ececeh. Dah macam pakar motivasi lak kan, kih kih kih. Sorilah, cikla bukan nak tunjuk pandai, tapi tak salah saling ingat mengingati kan?

Tiap tahun bila tiba je tanggal 16 Mei, semua akan bercakap pasal hari guru. Ye, memang hari ni hari guru. Sebenarnya nak cerita betapa besarnya pengorbanan cikgu ni memang banyak. 

Kadang-kadang kita boleh anggap cikgu ni dah macam mak pak kedua kita. Mereka susah payah mendidik kita dari kita tak tau apa-apa, sampailah kita berjaya membaca dan mengira. Ada yang jadi engineer, doktor, businessman dan macam-macam lagilah, insyaAllah. 

Itu belum lagi kesabaran mereka melayan kerenah dan perangai anak murid yang macam-macam ragam. Memang tak terbalas jasa mereka kan? Lagi-lagi cabaran mengajar sekarang memang lain dari yang dulu. Kalau dulu kami anak murid kalau nampak cikgu takut. Nak-nak kalau nampak cikgu disiplin. Memang kecut. 

Tapi, rasanya sekarang murid dah tak heran dengan cikgu kan. Cikgu garang pun mereka buat dek je. Melawan lagi tu (banyak je berita yang cakap anak murid tumbuk cikgu la, pukul cikgu la). Silap-silap haribulan, cikgu pulak yang takut nak tegur murid. 

Bukan apa, kang tegur sikit, mak bapak turun sekolah mengamuk sebab tegur anak dia. Siap nak menyaman bagai. Kan dah masalah. Hishhh, macam-macan hal kan?

Di kesempatan ni cikla nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia, terutama cikgu yang pernah mengajar cikla since sekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah2 (pun cikgu gak kan) masa kat matriks dan universiti;

"Terima kasih cikgu sebab mencurahkan ilmu dan mendidik saya tanpa jemu. Rasanya tak terbalas semua pengorbanan dan perit jerihmu. Hanya Allah saja yang dapat membalas semua kebaikanmu itu. Aamin. Love uols so strong lahhh, hehe"

Terima kasih cikgu!
Terima kasih cikgu!

Nanti kita sambung lagi ek. Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan berada di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa. Aamin. Salam Jumaat yang penuh berkat!

Tema hari guru 2014 - Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi!

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews