Resepi udang Khamped padu. Mudah, sedap dan confirm licin pinggan!

Korang nak makan macam kat kedai Thai tapi malas keluar rumah? Nah, cikla nak share resepi power, Udang Khamped! Serius, korang wajib cuba sebab hasil dia memang padu. Lagi best, semua bahan senang nak cari. Jom kita tengok cara buat.

Bahan-bahan:

1kg udang (lumur garam dan kunyit, goreng garing sikit).
1 sudu pes tomyam.
2 sudu cili kisar.
1 sudu sos tiram.
1 keping asam keping.
Kacang panjang (optional, kalau nak).
Garam dan gula secukup rasa.
1 sudu sos cili.
1 sudu sos ikan.
Daun limau purut secukupnya. 

Bahan kisar.

2 biji bawang besar.
5 ulas bawang putih.
1 inci halia.
½ inci lengkuas.
2 batang serai (potong halus).
2 biji cili merah.
5 biji cili api hijau (ikut tahap kepedasan yang korang nak).

Resepi udang Khamped padu. Mudah, sedap dan confirm licin pinggan!
Resepi udang Khamped padu.

Cara masak:

1. Panaskan minyak bekas goreng udang tadi. Jangan buang, itu minyak berperisa!

2. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Kalau jiran datang tanya bau apa, maknanya betul dah tu. Haha.

3. Masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak.

4. Masukkan sos tiram, asam keping, sos cili, dan sos ikan. Kacau sampai sebati. Kalau rasa kering, tambah sikit air.

5. Masukkan udang goreng tadi. Kalau nak sihat sikit, campak je kacang panjang.

6. Akhir sekali, letak daun limau purut untuk haruman Thai yang asli.

Untuk tips extra:

- Kalau nak lagi kaw, tambah sikit santan cair masa masak.
- Hidang dengan nasi panas, confirm makan bertambah.

Jadi, lepas ni tak payah ke kedai mahal-mahal nak makan Thai. Masak sendiri pun boleh jadi chef! Selamat mencuba!

Kredit resepi dan gambar to the owner. 

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews