Siapa kerap kejang perut masa datang bulan? Meh cuba petua ni untuk melegakannya.

By Cikla Shahril - March 25, 2020

Bila kejang menyerang, rasa sakit tu memang payah nak gambarkan. Apa yang cikla tau, sakit gila rasa macam urat tu kena tarik-tarik je. Mencengkam dan meregang. Kejang ni pulak, kalau nak kena tak kira tempat. 

Kadang dekat kaki, dekat perut dan kalau perempuan yang datang bulan pula selalu kena dekat area ari-ari. Ada juga yang kena kejang bila buat aktiviti lasak dan ekstrem, dan mengalami kesejukan melampau. Tapi, yang cikla nak share ni kejang masa datang bulan. 

Korang tau tak apa puncanya, boleh jadi gitu? Rupanya, kejang tu berlaku berpunca dari hormon prostaglandin. Hormon ni terbentuk dalam lapisan rahim masa datang bulan. 

Dia ni jugak akan menyebabkan kontraksi otot dan kejang, rasa sama macam sakit nak bersalin tu. Kalau banyak hormon tu terhasil, lagi sakit gila sampai loya dan cirit birit.

Siapa kerap kejang perut masa datang bulan? Meh cuba petua ni untuk melegakannya.
Siapa kerap kejang perut masa datang bulan? Meh cuba petua ni untuk melegakannya. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Oh ye, kalau korang nak tau ada kajian yang cakap mereka yang memiliki berat badan berlebihan dan mengamalkan gaya hidup tak berapa nak sihat lebih berpontesi besar kena kejang ni. 

Tapi, Dr Yasmeen Farouk, iaitu seorang pengamal rawatan Holistik pulak share kata, kejang ni jadi bila seseorang perempuan itu mengamalkan diet yang tinggi gula dan karbohidrat.

So, apa yang terbaik amalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan seimbang untuk mendapatkan berat badan ideal.

Petua nak kurangkan rasa sakit akibat kejang masa datang bulan.

  • Minum kopi atau teh panas, sebab keduanya dikatakan boleh memberi rasa lega. Kehangatannya boleh menambahkan pengaliran darah ke area otot yang mengalami kekejangan. 
  • Rendam kaki dalam air garam atau herba penenang, sebab ia juga boleh bantu otot jadi relax dan sakit kejang semakin berkurangan. 
  • Mandi dengan mandian mengandungi ramuan teh kamomi dengan air suam. Ia dikatakan boleh bantu tenangkan otot yang kejang dan bantu darah mengalir dengan lebih baik. 

Kredit petua : Dr Yasmeen Farouk, Pengamal Rawatan Holistik. 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Thank you for the tips. I memang ada senggugut yang teruk sampai tak boleh bangun.

    ReplyDelete
  2. might try this soon ! selalunya cramp memang tak teruk tapi kalau dh namanya sakit memang sakit jugalah... selalunya saya tuam aja tapi tak membantu sngt...

    ReplyDelete