Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri?

Semang tak dinafikan ada orang suka pakai jam tangan kanan. Ada sesetengahnya pula suka pakai di tangan kiri. 

Macam cikla sendiri, cikla pakai jam tangan kiri walaupun cikla seorang yang kidal. 

Persoalannya, adakah sunnah memakai jam di sebelah kanan? Musykil dan tak pasti? Jom baca apakah pendapat ustaz mengenai hal ini.

Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri?
Gambar diubahsuai dari carian Google. Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri?

Secara pasti pemakaian jam tak berlaku di zaman baginda Rasulullah SAW. Sedangkan sunnah itu perkara yang menjadi kebiasaan baginda. 

Para ulama hanya mengambil hukum pemakaian jam tangan itu dengan qiyas pada pemakaian cincin yang jelas dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Secara praktiknya, baginda pernah memakai cincin pada jari tangan kanan dan begitu juga pernah dipakai pada jari kiri. Anas bin Malik berkata :


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَبِسَ خَاتَمَ فِضَّةٍ فِي يَمِينِهِ فِيهِ فَصٌّ حَبَشِيٌّ كَانَ يَجْعَلُ فَصَّهُ مِمَّا يَلِي كَفَّهُ

"Sesungguhnya Rasulullah SAW memakai cincin perak di tangan kanan baginda, Batu cincinnya dari habasyah, baginda menjadikan batu cincinnya di bagian dalam telapak tangannya. (HR. Muslim).

Dari Anas bin Malik r.a berkata :

كَانَ خَاتَمُ النَّبِيِّ فِي هَذِهِ وَأَشَارَ إِلىَ الْخِنْصِرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى

"Cincin Nabi SAW di sini. Anas mengisyaratkan ke jari kelingking dari tangan kirinya. (HR. Muslim). 

Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri?
Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri? Kredit Google. 

Umumnya, para ulama mengatakan pemakaian jam adalah sama seperti cincin di mana tak ada cara yang lebih afdhal dari yang satu lagi. 

Maka, hukumnya adalah harus sama ada dipakai pada tangan kanan atau kiri. [ Al Mausu’ah al Fiqhiyyah al Kuwaitiyyah (11/26)].

Walaubagaimanapun, ada juga ulama mengatakan ia bergantung pada tujuan pemakaian. Kalau tujuan memakainya untuk perhiasan, maka lebih utama  dipakai sebelah kanan. 

Manakala, kalau tujuanya untuk manfaat, maka di tangan kiri lebih utama.

Imam Ibnu Hajar mengatakan :

“Menurut saya, perbezaan posisi cincin itu kerana melihat pada perbezaan tujuan. Jika tujuan memakai cincin itu untuk berhias, maka tangan kanan lebih utama. Dan jika tujuannya untuk digunakan sebagai stempel, maka tangan kiri lebih utama. Kerana stempel sebagai pesan terakhir surat, dan dapat diambil dengan tangan kanan.” [Fathul Bari (10/328)].

Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri?
Anda musykil? Adakah sunnah pakai jam di tangan kanan atau tangan kiri? Kredit Google. 

So, memang tak menjadi kesalahan kalau nak pakai jam di tangan kanan atau kiri. Apa yang menjadi kesalahan adalah, jam di pakai tapi masih tak tepati masa. Ehh...

Kredit Info : Akhukum Mohd Hazri al-Bindany. Bicara Fekah Ustaz Mohd Hazri Al-Bindany. (Melalui group Telegram Usrah Solat (Q&A Fiqh Ibadat)).


4 comments:

  1. Biasa guna belah kiri sebab kan right handed, so risau jam tu kang tsangkut ke apa ke masa kerja dgn tgn kanan. Jom join GA, saya tag cikla 😊

    https://zzzyy.blogspot.com/2018/11/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html

    ReplyDelete
  2. hahahaha ayat last tu betul, apa guna pakai jam kalau tak pandai tepati masa

    ReplyDelete
  3. Dulu saya pakai jam.. tangan kiri, semenjak awal tahun ni malas pulak pakai jam. Mungkin sbb berat kot atau sebab nak tengok masa dah boleh guna phone.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews